Siakap Keli

TERKINI: Bas Ekpress Dibenar Beroperasi Dengan Kapasiti Penuh Tanpa Had Masa – Ismail Sabri

Bas ekpress dibenarkan beroperasi dengan kapasiti penuh tanpa had masa, menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media sebentar tadi.

Ianya susulan perkhidmatan bas ekspress yang majoritinya bergerak pada waktu malam untuk tiba ke destinasi pada waktu pagi.

”Mensyuarat Khas bersetuju untuk membenarkan bas ekspress beroperasi dengan kapasiti penuh dan tanpa had masa kerana banyak bas ekspress yang bertolak malam dan sampai subuh,” kata beliau.

Jelas Ismail Sabri, pengusaha bas ekspres perlu mendaftar setiap penumpang bas di dalam aplikasi MySejahtera atau secara manual dengan mengambil nama dan nombor telefon mereka,

”Pengusaha bas ekspress perlu mendaftar penumpang melalui aplikasi MySejahtera ataupun secara manual. 

”Kalau mereka tidak muat turun aplikasi tersebut, mereka mesti mengambil nama dan juga nombor telefon setiap penumpang bas itu untuk contact tracing jika ada perkara-perkara yang berkaitan dengan Covid-19 dalam kalangan penumpang,” ujar beliau.

Tambah beliau, selain itu penumpang termasuk pemandu bas epsress perlu memakai topeng muka setiap masa, memeriksa suhu badan penumpang sebelum menaiki bas dan menyediakan topeng muka kepada penumpang yang tidak membawanya dengan cara menjual.

Pengusaha bas juga peelu mensanitasi bas selepas selesai operasi mereka, kata Ismail Sabri.

Sumber: Sidang Media PKPP

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.