Siakap Keli

Awas, Amaran Ribut Petir Dijangka Melanda Hampir Seluruh Semenanjung Malaysia Hingga 6 Petang

Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir melalui laman rasmi Twitter mereka. Melalui imej yang dimuatnaik, hampir seluruh Semenanjung Malaysia dijangka berlaku ribut petir sehingga jam 6 petang ini.

Antara kawasan yang terjejas di adalah seluruh kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor dan sebahagian besar kawasan di negeri-negeri lain termasuk di beberapa kawasan di Sabah.

Pengguna jalan raya diminta berhati-hati ketika memandu dan pastikan keadaan tayar anda berada dalam keadaan yang baik susulan jangkaan kenaikkan peratusan kenderaan yang menggunakan lebuh raya utama negara untuk pulang ke kampung selepas kerajaan tidak lagi mengenakan sekatan rentas negeri dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Turu diingatkan kepada penunggang motosikal untuk merancang perjalanan anda dan elakkan menunggang ketika hujan lebat bagi mengelakkan kejadian tidak diingini daripada berlaku.

Sumber: Met Malaysia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)