Siakap Keli

“Boss Suka Orang Cekap Buat Kerja”, Gadis Kongsi Tips Nak Jadi Staff Yang Baik & Selalu “Perform”

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Biasanya kita dengar, tips untuk menjadi pekerja cemerlang di tempat kerja adalah menjadi seorang yang fokus, rajin, bertanggungjawab serta amanah.

Kesemua tips di atas adalah benar sama sekali.

Namun, ada satu lagi tips yang kita perlu amalkan secara teknikalnya supaya ia boleh melengkapi kesemua ciri-ciri pekerja cemerlang seperti yang diidamkan.

Tips ini sangat membantu sekiranya anda adalah seorang yang rajin mencatat.

Tipsnya ialah; MENCATAT.

Perkara ini dikongsikan oleh seorang warga Twitter, Nurul mengenai bagaimana kita mahu menjadi seorang warga kerja yang berkebolehan untuk membantu gerak kerja syarikat dengan lebih efisien.

Mari baca perkongsiannya di bawah ini.

Ini adalah tips macam mana kau nak jadi pekerja yang baik, berguna dan boleh membantu dalam company.

Dari aku practical + 7 tahun aku bekerja, aku tak pernah tak da buku nota.

Setahun 3,4 buku nota aku habiskan menulis.

Benda ni penting, sebab aku tak terer sangat bab mengingat.

Gambar: Twitter

Dan bos suka orang yang cekap buat kerja.

Bos aku tak suka recall kerja aku banyak kali, pesan bertubi tubi. Dia tak suka.

So aku kena fikir cara macam mana nak perform.

So caranya, aku akan tulis segala task, information, details, borak borak yang dia cakap dengan aku dalam buku ni.

Gambar: Twitter

Apa yg korang patut catit?

SEMUA BENDA BERKAITAN DENGAN COMPANY.

Sebab aku tak la bijak sangat pun.

Tapi aku kena push diri aku untuk tau semua benda pasal company aku bekerja.

Aku kena sentiasa ready. Time mula kerja, aku tak tinggal 1 pun info.

Gambar: Twitter

Mula kerja kot, 100% yang diorang bincang, 15% je aku faham.

Apa yang aku tulis pun aku tak pasti betul ke eja dia macam ni. Tapi bunyi dia sama.

Habis je discussion or meeting, aku akan google terms terms yang aku tulis meraban tu.

Tak jumpa?

Baru aku tanya supervisor aku.

Tulis saja di mana-mana

Korang boleh tulis dekat ipad ke, apa apa la.

Tapi tips dia, catit.

So kau takkan miss out benda penting.

Sebelum bertanya, refer balik notes kau.

Benda ni nampak macam mudah, remeh, macam ‘hekeleh maleh aku nak tulis’. Tapi ingat ye. Bos boleh cari orang lain bila bila masa je.

Gambar: Twitter

Jadi, upgrade diri sendiri sampai tahap company yang perlukan kau.

Bye.

Sumber: @nuyulhuda

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.