Siakap Keli

Kesemua Kes Baharu Positif COVID-19 Hari Ini Adalah Tidak Bergejala – KKM

Kesemua 33 kes baharu positif COVID-19 yang dilaporkan hari ini adalah tidak bergejala, umum Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi ciapan terkini di Twitter hari ini.

Mengimbas kembali, ketua pengarahnya, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan pada sidang media hari ini, daripada 33 kes positif tersebut,  16 kes daripadanya merupakan kes import dan 17 lagi adalah penularan tempatan.

Selain itu, 17 kes lagi yang melibatkan jangkitan penularan tempatan, 14 kes daripadanya adalah warga asing dan tiga (3) kes lagi melibatkan warganegara.

Menurutnya, bagi ketiga-tiga kes tempatan tersebut, satu (1) adalah saringan kontak kepada kes positif, iaitu kes ke-7,735.

Manakala satu (1) lagi kes daripada saringan di sebuah pusat tahfiz di Selangor dan satu (1) kes lagi melibatkan kematian terkini, iaitu kes kematian ke-119.

BACA: TERKINI: 33 Kes Baru Positif COVID-19 Dilaporkan Hari Ini

Dalam masa sama, hanya satu kematian terbaharu direkodkan, menjadikan angka keseluruhan kematian sebanyak 119 kes.

“Kes kematian ke 119 iaitu kes 8370 merupakan perempuan warganegara berumur 85 tahun. Beliau telah meninggal dunia pada 11 Jun 2020 di rumah beliau dan jenazahnya dibawa ke Hospital Keningau Sabah.

“Ujian saringan ke atas beliau didapati positif COVID-19,” tambahnya lagi.

BACA: TERKINI: Ujian Saringan Sahkan Warga Emas Meninggal Dunia Di Rumah Positif COVID-19

Sumber: KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.