Siakap Keli

PM Gembira & Bangga, Jemaah Solat Jumaat Hari Ini Patuh SOP Dengan Tertib

Setelah tiga bulan umat Islam di Malaysia ‘direhatkan’ sementara daripada aktiviti solat Jumaat berikutan wabak COVID-19, maka 12 Jun (hari ini) ia boleh dilaksanakan semula di masjid-masjid terpilih.

Bersempena dengan pembukaan semula masjid untuk solat Jumaat, beberapa prosedur operasi standard (SOP) telah dikeluarkan pihak kerajaan bagi memastikan tiada sebarang kebarangkalian jangkitan berlaku dalam jemaah tersebut.

Terbaharu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menzahirkan rasa bangganya atas pengurusan masjid serta para jemaah yang berjaya mematuhi SOP untuk aktiviti ibadah tersebut.

Berikut adalah perkongsian di halaman Facebooknya yang memberi respon serta penghargaan bagi pematuhan SOP oleh pihak tersebut.

Gambar: Facebook

Alhamdulillah, hari ini saya berpeluang menunaikan solat Jumaat di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara, setelah masjid dan surau Jumaat dibuka semula.

Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu, masjid dan surau Jumaat tidak dibuka untuk aktiviti solat berjemaah sebaliknya umat Islam disaran menggantikan solat Jumaat dengan sembahyang Zohor di rumah.

Daripada pemerhatian saya, pengurusan masjid telah memastikan SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dipatuhi.

Lebih membanggakan saya, para jemaah juga mematuhi peraturan yang dilaksanakan dengan tertib.

Jemaah saya lihat memberikan kerjasama yang baik dengan berbaris dan merekodkan bacaan suhu badan masing-masing sebelum dibenarkan memasuki masjid.

Jemaah juga membawa sejadah sendiri dari rumah dan duduk dalam jarak 1 meter antara jemaah di dalam saf.

Saya berdoa situasi COVID-19 di negara kita yang semakin reda akan pulih sepenuhnya bagi membolehkan seluruh umat Islam dapat menunaikan solat Jumaat dan solat berjemaah di masjid dan surau seperti sebelum wabak ini melanda negara kita. Insya-Allah.

Gambar: Facebook
Gambar: Facebook
Gambar: Facebook
Gambar: Facebook
Gambar: Facebook
Gambar: Facebook

Sumber: FB Muhyiddin Yassin

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.