Terkini

Gaya hidup
Wanita Keliru Balas Pemberian Buah Limau, Jawapan Netizen Buat Ramai Tersentuh
Tip
Cara Paling Mudah, Hilangkan Batuk Berkahak Guna Bahan Semula Jadi Ni
Trivia
Bilik Panas Waktu Malam, Ini 5 Barang Wajib Ada Kurangkan Bahang
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Tip
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Gambar sekadar hiasan - Bernama

Polis Jejaki Seorang Lelaki Tempatan Bantu Kes Tetak Pengawal Keselamatan Di Klang

Nur Syafiqah

KLANG, 11 Jun — Polis menjejaki seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes tetak seorang pengawal keselamatan sebuah sekolah rendah di sini sehingga mangsa putus kedua-dua pergelangan tangan pada 4 Jun lepas.

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Nurulhuda Mohd Salleh berkata siasatan mendapati lelaki yang dijejaki, G.Seva Shangar, 33, dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mangsa.

Beliau berkata pengawal keselamatan terbabit turut mengalami kecederaan di kepala, kaki, bahu dan muka.

“Dalam kejadian itu, mangsa didatangi dua lelaki memakai topi keledar warna gelap, muka ditutup sapu tangan dan bersenjatakan parang lalu menyerangnya sebelum melarikan diri.

“Bagaimanapun, suspek tidak mencederakan rakan mangsa yang bertugas bersamanya di pondok keselamatan sekolah itu,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Nurulhuda berkata siasatan mendapati mangsa sebelum ini berselisih faham dengan seorang suspek utama kejadian itu yang masih bebas berkaitan isu lot tanah yang diusahakan untuk menternak lembu.

Beliau berkata suspek utama mengupah dua lelaki terbabit dengan bayaran RM10,000 untuk mencederakan mangsa sebagai amaran kepadanya berkaitan isu lot tanah tersebut.

Susulan itu, katanya polis menahan tiga lelaki tempatan dan seorang warga India berumur lingkungan 20 hingga 30 tahun yang disyaki terlibat dalam kes tetak tersebut.

Beliau berkata semakan mendapati tiga suspek lelaki tempatan mempunyai rekod jenayah lampau dan kesemuanya direman sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Dalam perkembangan lain, Nurulhuda berkata sebanyak 2.6 kilogram dadah jenis metamfetamin dan 1.4 kilogram heroin yang dianggarkan bernilai RM176,370 dirampas oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Polis Klang Utara dalam beberapa serbuan sejak Januari hingga awal bulan ini.

“Dalam tempoh sama juga, kita menyelesaikan 13 kes narkotik dengan penahanan 22 warga tempatan dan seorang warga Thailand. Mereka disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Sumber: Bernama