Siakap Keli

TERKINI: 33 Kes Baru Positif COVID-19 Dilaporkan Hari Ini

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan, terdapat 33 kes baharu jangkitan COVID-19 direkodkan, menjadikan jumlah keseluruhan terkini kes berjumlah 8,402 kes.

Manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 1,115 kes.

Ketua pengarahnya, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 33 kes tersebut, 16 kes daripadanya merupakan kes import.

Selain itu, 17 kes lagi yang melibatkan jangkitan penularan tempatan, 14 kes daripadanya adalah warga asing dan tiga (3) kes lagi melibatkan warganegara.

Menurutnya, bagi ketiga-tiga kes tempatan tersebut, satu (1) adalah saringan kontak kepada kes positif, iaitu kes ke-7,735.

Manakala satu (1) lagi kes daripada saringan di sebuah pusat tahfiz di Selangor dan satu (1) kes lagi melibatkan kematian terkini, iaitu kes kematian ke-119.

Dalam pada itu, sebanyak 130 kes pulih dan dibenarkan discaj dilaporkan, menjadikan angka kumulatifnya berjumlah 7,168 kes bersamaan 85.31 peratus.

Sidang Media: Perkembangan COVID-19 Di Malaysia

Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Friday, June 12, 2020

Dapatkan produk tisu basah basmi virus Alcosm DISINI, guna kod promosi STAYSAFEMY dan nikmati diskaun RM 20 dengan pembelian minima RM 100.

Sumber: KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.