Siakap Keli

Covid-19: 407 Kes Baharu Di Singapura, Keseluruhan Kini 40,604 Kes

Singapura: Singapura dalam laporan awalnya hari ini, mengesahkan tambahan 407 kes baru jangkitan COVID-19, dengan majoriti besarnya masih melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama.

Perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes itu kini di negara tersebut kepada 40,604.

Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) dalam satu kenyataan menyatakan, daripada jumlah itu, hanya sembilan kes melibatkan warganegara Singapura dan penduduk tetap, manakala lima merupakan pemegang pas kerja.

Dalam data penuh yang dikeluarkan semalam, Singapura mengklasifikasikan 1,787 sebagai kes komuniti, 580 kes import dan 37,830 kes pekerja asing yang tinggal di asrama.

Sehingga kini, 26 telah meninggal dunia akibat komplikasi jangkitan COVID-19 dengan kes terbaru melibatkan seorang warga emas wanita Singapura berusia 73 tahun.

Berkaitan kluster, tiada kes baru melibatkan Space @Tuas Apartment untuk tempoh dua tempoh inkubasi selama 28 hari, dan kluster itu telah ditutup, menurut kementerian itu lagi

Bagaimanapun satu kluster baru dikesan semalam, sebuah asrama di 50 Tech Park Crescent.

Sehingga 13 Jun, kluster terbesar Singapura adalah S11 Dormitory @ Punggol dengan 2,740 kes yang disahkan, manakala asrama tersebut di negara itu Sungei Tegah Lidge mempunyai 2,037 kes.

— BERNAMA

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.