Siakap Keli
Kredit gambar: BERNAMA

KKM Jangka Gelombang Kedua Denggi Di Negara Ini Bermula Awal Jun Hingga September Ini

Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan gelombang kedua denggi di negara ini akan bermula pada awal Jun sehingga September 2020.

Menterinya, Datuk Seri Adham Baba berkata, jangkaan tersebut diramal berdasarkan kenaikan kes jangkitan yang dilaporkan semakin meningkat sejak lapan minggu kebelakangan ini.

“Sejak Januari hingga 13 Jun 2020 sebanyak 50,511 kes demam denggi dan 88 kematian telah dilaporkan berbanding 56,819 kes dan 88 kematian dalam tempoh yang sama tahun 2019.

“Jumlah kumulatif kes demam denggi pada tempoh itu berkurang berbanding tahun lepas, namun sejak lapan (8) minggu yang lepas, didapati berlaku trend peningkatan dengan purata peningkatan lapan peratus seminggu,” katanya dalam satu kenyataan mengenai Sambutan Hari Denggi ASEAN 2020, hari ini.

Mengulas lanjut, Adham menambah, orang awam diseru untuk berusaha mencegah denggi melalui aktiviti pembersihan persekitaran dan pemusnahan tempat pembiakan nyamuk Aedes sekurang-kurangnya 10 minit setiap minggu.

“Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), individu dan masyarakat disaran untuk terus melaksanakan aktiviti pencegahan denggi dengan mengutamakan penjarakan sosial, memakai pelitup hidung dan mulut serta kerap mencuci tangan dengan air dan sabun atau menggunakan hand sanitizer,” jelasnya.

Sumber: KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.