Rakyat Malaysia kini menjalani kehidupan normal baharu dengan beberapa kelonggaran yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Menelusuri pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beberapa bulan yang lalu, pelbagai aktiviti dan idea kreatif yang dilakukan oleh orang ramai bagi menghilangkan bosan ketika berada di rumah.
Antara aktiviti yang menarik perhatian adalah aktiviti mengubahsuai atau mendeko rumah. Media sosial menyaksikan pelbagai posting berkaitan dengan aktiviti tersebut termasuk tips atau petua dari pakar menghias rumah.
Salah satu darinya adalah perkongsian dari Ferdaus Ahmad di Facebook yang melakukan make over di rumah ibunya.
Dihubungi oleh Siakap Keli, Ferdaus berkata dia mengambil masa selama dua minggu untuk melakukan make over tersebut.

Dapatkan pelbagai jenis langsir seperti dalam gambar di SINI
Menurutnya lagi, dia menghadapi kesukaran untuk mencari barang kerana kedai yang tutup dan ketiadaan stok disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Rumah yang terletak di Felda Bukit Tajau itu dipercayai didiami sejak 1969, hasil ubah suai tersebut menyaksikan rumah itu bertukar menjadi lebih kemas dan mengagumkan.

Untuk lihat hasil yang lagi memuaskan, sila tekan link di bawah ini.
Alhamdulillah selesai dah projek kami sejak pkp aritu. Kemas2 smbil make over sikit2 rumah mak di Felda Bukit Tajau😁
Posted by Ferdaus Ahmad on Sunday, June 14, 2020
Sumber: Ferdaus Ahmad