Siakap Keli

Bas Ekspres Dipercayai Di Myanmar Diubah Suai, Dibuat Macam Bilik Untuk Patuh “Social Distancing”

Walaupum pandemik COVOD-19 belum sepenuhnya berakhir, banyak negara yang mula menjalani kehidupan biasa tetapi dengan norma baharu. Kerjaan juga mula melonggarkan peraturan tetapi dengan SOP dan protokol keselamatan dan kesihatan yang telah disyorkan.

Baru-baru ini tular di media sosial ramai warganet berkongsi dan memuji syarikat pengangkutan yang telah mengubah suai kedudukan dengan mengutamakan penjarakan sosial.

Dalam menerapkan norma baharu semasa pandemik COVID-19, JJ Express, sebuah syarikat pengangkutan dipercayai dari Myanmar ini telah mengurangkan bilangan kerusi dan membina cabin kecil yang hanya boleh memuatkan satu pelanggan sahaja dalam setiap cabin. Hanya dua cabin dibina untuk setiap baris iaitu di kiri dan di kanan bas.

 

Cabin kecil yang dibina diibaratkan sebagai bilik kecil kerana keadaan sangat tertutup dan sepanjang perjalanan pintu akan sentiasa ditutup bagi mematuhi langkah-langkah penjarakan sosial dan mencegah penyebaran penyakit.

Bas ini akan digunakan untuk perjalanan yang jauh dengan tambang setiap penumpang adalah RM 90.00.

Selain membina cabin, terdapat juga syarikat pengangkutan bas di Myanmar menggunakan plastik sebagai penghadang antara penumpang yang lain.

Mematuhi penjarakan sosial bukan mudah untuk diterapkan dalam pengangkutan awam, dan pelbagai cara perlu ditelitikan agar penumpang tetap menjaga jarak dan tidak bersentuhan satu sama lain.

Usaha dan perancangan teliti oleh syarikat ini dalam menjaga keselamatan dan kebersihan penumpangnya harus mendapat pujian dan menjadi contoh untuk syarikat pengangkutan lain mengikut jejak langkah mereka.

Bas ini akan digunakan untuk perjalana yang jauh dengan tambang setiap penumpang adalah RM 90.00.

Sumber: liputan6, news.ch7

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.