Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

16 Nama Negara Diubah Ejaan Rasmi Oleh Indonesia

Iqbal Yasir
Negara Diubah Ejaan Rasmi Oleh Indonesia
Kredit: Detik.com

16 Nama Negara Diubah Ejaan Rasmi Oleh Indonesia

Kerajaan Indonesia secara rasmi telah mengemas kini ejaan beberapa nama negara asing dalam bahasa Indonesia, lapor Kompas.com.

Senarai Ejaan Nama Rasmi Negara Yang Diubah Dalam Bahasa Indonesia

  • Afghanistan kepada Afganistan

  • Bangladesh kepada Banglades

  • Bhutan kepada Butan

  • Brunei Darussalam kepada Brunei Darusalam

  • Cabo Verde kepada Tanjung Hijau

  • Chile kepadaCili

  • Djibouti kepada Jibuti

  • Guinea kepada Ginea

  • Kazakhstan kepada Kazakstan

  • Lebanon kepada Libanon

  • Liechtenstein kepada Liktenstin

  • North Macedonia kepada Masedonia Utara

  • Paraguay kepada Paraguai

  • Thailand kepada Tailan

  • Switzerland kepada Swis

  • Uruguay kepada Uruguai

Perubahan ejaan itu disahkan oleh Ketua Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa (Badan Bahasa), Hafidz Muksin.

Beliau menegaskan bahawa penetapan dan penyesuaian ejaan baku nama negara asing merupakan bidang kuasa utama Badan Informasi Geospasial (BIG).

"BIG merupakan institusi autoriti utama penamaan geografi nasional Indonesia, termasuk penyeragaman nama geografi asing seperti nama negara, pulau, sungai dan sebagainya, supaya selaras dengan kaedah bahasa Indonesia,” kata Hafidz.

Difahamkan, langkah ini diambil bagi menyesuaikan penulisan nama negara dengan sistem bunyi dan kaedah ejaan bahasa Indonesia.

Dalam proses tersebut, BIG bekerjasama dengan Badan Bahasa, Kementerian Luar Negeri, institusi pengajian tinggi seperti Universitas Indonesia, serta pakar linguistik.

Perbincangan dijalankan melalui forum rasmi, termasuk Sidang Komisi Istilah, bagi memastikan ejaan yang ditetapkan menepati sistem bunyi dan penulisan bahasa Indonesia.

Pembaharuan tersebut merupakan hasil daripada proses panjang yang melibatkan institusi nasional dan forum antarabangsa.

Pengubahsuaian ejaan nama itu telah dibentangkan oleh Indonesia dalam dokumen rasmi bernombor GEGN.2/2025/122/CRP.122 pada persidanganUnited Nations Group of Experts on Geographical Names (UNGEGN)di New York, Amerika Syarikat pada pertengahan tahun 2025.

Pada tahun 2019, Indonesia telah menyusun senarai komprehensif nama ibu kota dunia serta semakan nama negara yang dibentangkan dalam persidangan UNGEGN di New York.

Usaha tersebut kemudiannya dikemas kini pada tahun 2024 bagi membetulkan ketidakselarasan ejaan nama negara agar sejajar dengan piawaian ortografi dan fonologi bahasa Indonesia.

Dalam dokumen ini turut merujuk kepada UNGEGN List of Country Names 2021 serta dokumen rasmi Misi Tetap PBB Januari 2023.

Tujuan utama pembaharuan ini adalah untuk memastikan konsistensi dan ketepatan linguistik dalam penulisan nama negara, sama ada bagi urusan korespondens kenegaraan, dokumen kerajaan, pendidikan mahupun media massa.

Jelas Hafidz, perubahan ini bukan sekadar wacana, sebaliknya akan menjadi rujukan rasmi dalam penggunaan bahasa Indonesia pada masa hadapan, termasuk dalam bidang pendidikan, media dan pentadbiran kerajaan.

Sumber:KOMPAS.com