Utama

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Tiga Kampung Indonesia Masuk Malaysia, Pakar Kongsi Implikasi Terhadap Negara
Baru-baru ini, Indonesia mengumumkan sebahagian kawasan di Nunukan, Kalimantan Utara kini termasuk dalam wilayah Malaysia. Hal ini berikutan penyelesaian isu sempadan antara kedua buah negara.
Pengumuman tersebut mencetuskan pelbagai persoalan dalam kalangan masyarakat, khususnya berkaitan kesan terhadap penduduk, pentadbiran dan negara.
Mengulas tentang perkara ini, Pensyarah Kanan bidang Sains Politik, Hubungan Antarabangsa dan Kajian Strategik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Aizat Khairi, tampil beri penjelasan mengenai perkara yang mungkin berlaku.

Ketika ditanya SK, beliau memaklumkan bahawa perkara ini merupakan kali pertama dihadapi oleh negara yang melibatkan kawasan berpenduduk.
"Bagi kawasan yang tiada penduduk, kita ada kes Pulau Sipadan dan Ligatan, serta Pulau Batu Puteh," katanya.
Jika kawasan tersebut tiada penduduk, urusan yang perlu diselaraskan hanya melibatkan kerja-kerja teknikal sempadan seperti patok, koordinat dan peta rasmi.
“Begitu jugabuffer zonerondaan, penguatkuasaan keselamatan dan anti pencerobohan. Hal ini kerana tiada manusia yang perlu diurus dari segi pampasan, dokumen dan sosial,” jelas beliau.
Berbeza pula jika kawasan tersebut mempunyai penduduk. Sudah tentu, perkara pertama yang terpacul merupakan status kerakyatan.
Menurut Dr Aizat, apabila garisan sempadan sudah dimuktamadkan, kawasan berkenaan akan berada bawah kedaulatan negara yang memiliki kawasan tersebut.
“Walaupun begitu, kerakyatan mereka tidak semestinya berubah secara automatik. Biasanya mengikut perjanjian dan proses penadbiran,” ulasnya lanjut.
Menjawab perkara ini, pensyarah berkenaan menjelaskan bahawa penduduk kawasan tersebut kekal sebagai warganegara Indonesia.
“Dari sisi Malaysia, mereka merupakan warga asing yang tinggal dalam Malaysia. Jadi, mereka semestinya perlu menyerahkan hak kerakyatan Indonesia serta-merta.
“Namun, untuk kekal tinggal secara sah, mereka perlu ada status imigresen yang sah seperti pas tinggal, permit atau mekanisme khas yang dipersetujui kerajaan,” jelasnya.
Beliau menambah, perkara ini bergantung kepada perjanjian antara Malaysia dan Indonesia.
Mengulas lanjut, beliau memberikan contoh amalan antarabangsa yang memberi peluang kepada penduduk memilih untuk berpindah keluar jika mahu kekalkan kewarganegaraan asal, atau kekal tinggal di kawasan tersebut dengan tertakluk kepada status baharu.
Bukan Biawak Je, Ketam Nipah Turut ‘Tumpang’ Laluan Warga UMT
Lepas Lampu Hijau, Lampu Merah Pula Dinyalakan Di PPUM
Tiga Kampung Di Indonesia Kini Termasuk Wilayah Malaysia Selepas Penyelesaian Isu SempadanApabila penduduk memilih untuk kekal tinggal di sana, mereka dianggap menetap tanpa kebenaran di sisi undang-undang imigresen.
Berikutan itu, beliau menambah, penduduk akan mengalami proses yang rumit bagi mendapatkan akses kepada sekolah, pekerjaan, klinik dan bantuan kerajaan.
“Risiko penguatkuasaan meningkat juga berlaku,” tegas beliau.
Ketika ditanya berkenaan permohonan sebagai rakyat Malaysia, Dr Aizat memaklumkan bahawa penduduk tidak wajib memohon.
“Ada dua perkara berbeza di sini. Pertama, tempat tinggal. Ini isu pas dan permit. Kedua, kewarganegaraan. Ini pula proses yang lebih berat dan bukan automatik.
“Jika mereka mahu menjadi warganegara Malaysia, maka perlu melalui proses permohonan kewarganegaraan yang ditetapkan Perlembagaan dan Jabatan Pendaftaran Negara,” katanya lagi.
Hal ini berikutan Malaysia merupakan negara yang tidak mengiktiraf dwi-kenegaraan.
Bagi status Bumiputera pula, perkara ini tidak berlaku secara automatik dan bukan sesuatu yang boleh dipilih.
Tambah beliau, status ini perlu berlandaskan undang-undang berkaitan seperti mengikut takrifan Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan (Perkara 160) dan Peribumi Sabah dan Sarawak (Perkara 161A).
“Walaupun seseorang mendapat kewarganegaraan Malaysia selepas itu, tidak bermaksud terus menjadi Bumiputera.
“Status itu tertakluk kepada kategori perlembagaan dan pengiktirafan rasmi,” jelasnya lanjut.
Beliau menegaskan, keputusan ini tidak membawa naratif 'Malaysia rampas kawasan', sebaliknya lebih kepada pelarasan teknikal yang menghasilkan kesan dua arah.
"Ada kawasan berpindah ke Malaysia dan ada juga kawasan yang dikira kembali kepada Indonesia," ujar pensyarah berkenaan.
Pertama sekali, penting untuk pembaca tahu bahawa perkara ini bukan baru sahaja dirancang, tetapi melibatkan proses teknikal yang panjang. Beberapa siri mesyuarat bersama antara Malaysia dan Indonesia telah dilaksanakan sebelum keputusan dicapai.
Menurut Dr Aizat, ia termaktub dalamOutstanding Boundary Problems (OPS).
"Perubahan garis sempadan biasanya berlaku apabila negara menjalankan pemetaan semula (re-demarcation) menggunakan kaedah ukur moden.
"Hal ini kerana penanda lama tidak tepat dan juga dokumen kolonial lama tidak menyatakan rujukan geodetik dengan jelas," jelasnya.
Antara proses penentuan sempadan ini termasuk rundingan bersama serta tinjauan lapangan dan pengesahan. Penetapan sempadan juga dilakukan melalui mekanisme dua hala.
Mengulas lanjut, beliau menjelaskan bahawa dari sudut negara, perkara ini sudah pasti menyentuh isu kedaulatan wilayah dan kejelasan sempadan.
"Perkara ini penting untuk penguatkuasaan undang-undang dan pentadbiran," katanya.
Jika melihat kesan bagi jangka masa panjang, penyelesaian isu sempadan ini dapat membantu mengurangkan risiko pertindihan tuntutan tanah.
"Salah faham penguatkuasaan serta konflik komuniti sempadan dapat dikurangkan," hurainya lanjut.
Menyentuh tentang isu yang berkemungkinan timbul selepas penetapan ini, Dr Aizat berpendapat hak milik tanah, status undang-undang penduduk dan pampasan merupakan isu paling kritikal.
"Ia boleh mencetuskan ketidakpastian pemilikan dan pentadbiran di zon sempadan," jelas beliau.
Tambahnya, beberapa implikasi dapat diramal apabila Badan Nasional Pengelola Perbatasan (BNPP) Republik Indonesia mengumumkan bakal menyediakan skim pampasan dan penempatan semula.
"Biasanya perkara ini melibatkan semakan rekod tanah dan pembangunan, serta koordinasi agensi keselamatan sempadan. Begitu juga pengurusan pergerakan rentas sempadan bagi komuniti setempat," ulasnya lanjut.
Tahukah anda? Perubahan ini biasanya membawa bersama keunikan fenomena perdagangan tidak formal yang merentasi sempadan.
Memberi contoh daripada situasi di Sebatik, Dr Aizat berkongsi tentang 'Smokol' yang mencerminkan realiti sempadan. Katanya, keperluan Smokol ini digelar sebagai 'kebutuhan perut' oleh warga Indonesia.
"Ia bukan sekadar isu peta tetapi isu kehidupan seharian," ujarnya menutup perbualan.