Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Bukan Biawak Je, Ketam Nipah Turut ‘Tumpang’ Laluan Warga UMT

Azizah Najib
ketam nipah umt
Kredit: Foto orang awam
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Bukan Biawak Je, Ketam Nipah Turut ‘Tumpang’ Laluan Warga UMT

Ketam nipah lazimnya mendiami kawasan paya bakau dan muara sungai. Spesis ini gemar berlindung di lumpur, akar bakau serta kawasan berair payau.

Haiwan ini sukar ditemui di kawasan terbuka yang sibuk dengan kehadiran manusia. Pergerakan ketam nipah biasanya tertumpu di habitat asal dan terlindung.

Jarang sekali kita dapat melihat ketam nipah mendekati kawasan terbuka, apatah lagi berdekatan tempat berpenghuni.

Berbeza pula dengan keadaan di Universiti Terengganu Malaysia (UMT) apabila spesis ini didapati kerap melintasi laluan pejalan kaki di sana sehingga papan tanda terpaksa diletakkan.

“Hanya dapat lihat papan tanda ni di UMT. Awasi langkah anda. Ketam nipah sedang melintas. Dilarang pijak,” maklum seorang wanita.

Menerusi perkongsian di laman Thread miliknya, @ajlaahamdan memuat naik gambar yang menunjukkan sekeping kertas notis dilekatkan di satu laluan pejalan kaki berbumbung universiti tersebut.

Ketika ditanya SK berkenaan amaran yang dipaparkan, alumni universiti berkenaan memaklumkan bahawa pihak UMT sememangnya menitikberatkan perkara berkaitan hidupan laut.

Difahamkan, laluan berkenaan merupakan laluan utama untuk warga UMT ke perpustakaan dan dewan kuliah.

BACA: Jangan Keliru, Ini Beza Imbasan CT & MRI

BACA: “Bukan Sekadar Bapa,” Anak Kongsi Sisi A Samad Said Sebagai Ketua Keluarga

Di ruangan komen, terdapat juga warga UMT berkongsi gambar ketam nipah yang ditemuinya di kolej kediaman.

Ketam nipah umt
Kredit: Threads a._uni21

“UMT dah naik tahap. Lepas biawak dan memerang, mai pulak ketam,” seloroh warga maya.

“Paling legend, baywalk (laluan biawak) tepi pantai. Nak pergi kelas pun kena kejar dengan biawak,” imbau seorang lagi.

“Saya pernah jalan dekat UMT cari masjid dia. Pastu tengah jalan, saya jumpa ketam tengah-tengah laluan pejalan kaki. Ni zaman 2018 dulu ya. Macam tiba-tiba sangat,” kongsi yang lain.

BACA: Tak Sangka Menjadi, Wanita Guna Air Kopi Perangkap Lipas Dalam Kereta

BACA: “Paling Berkesan,” Lelaki Filipina Puji Sistem Pencen KWSP

BACA: “No Jajan,” Belanja Anak Lebih Terkawal, Ibu Syukur Sekolah Guna Aplikasi Ini

Sumber: Threads @ajlaahamdan