Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tiga Kampung Di Indonesia Kini Termasuk Wilayah Malaysia Selepas Penyelesaian Isu Sempadan

Tiga Kampung Di Indonesia Malaysia
Kredit: Google Map

Tiga Kampung Di Indonesia Kini Termasuk Wilayah Malaysia Selepas Penyelesaian Isu Sempadan

Tiga kampung di Kabupaten Nunukan, Kalimantan Utara dilaporkan kini termasuk dalam wilayah Malaysia akibat peralihan garisan sempadan antara kedua-dua negara, lapor portal Kompas.

Setiausaha Badan Nasional Pengurusan Sempadan (BNPP), Makhruzi Rahman memaklumkan bahawa tiga kampung di Nunukan, Kalimantan Utara, kini termasuk dalam wilayah Malaysia.

Perkara itu diumumkan ketika mesyuarat bersama Suruhanjaya II DPR di Bangunan DPR, Senayan, Jakarta pada Rabu lalu.

Menurut Makhruzi, perubahan itu berkaitan dengan penyelesaian beberapa Outstanding Boundary Problem (OBP) atau isu sempadan yang sebelum ini belum diselesaikan antara Indonesia dan Malaysia, terutamanya berkaitan Pulau Sebatik yang dibahagikan kepada dua pentadbiran negara.

"Terdapat tiga OBP yang telah dipersetujui melalui penandatanganan memorandum persefahaman semasa Mesyuarat Bersama Indonesia-Malaysia ke-45 pada 18 Februari 2025 di Pulau Sebatik iaitu di B-2700, B-3000, dan Simantipal

"Bagaimanapun, kira-kira 127 hektar di Pulau Sebatik masih termasuk dalam wilayah Indonesia," ujar beliau lagi.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan bahawa masih terdapat empat segmen OBP di sektor barat Kalimantan Barat yang belum diselesaikan sepenuhnya, iaitu di D-400, Gunung Rayan, Sibuan dan Batu Aum.

Kesemua kawasan itu kini berada pada peringkat tinjauan lapangan secara unilateral oleh pasukan teknikal perundingan Indonesia serta proses pertukaran maklumat bagi membincangkan terma rujukan (TOR) dan prosedur operasi standard (SOP).

Tiga kampung di Nunukan kini termasuk wilayah Malaysia

Makhruzi melaporkan bahawa tiga kampung yang sebelum ini termasuk dalam wilayah pentadbiran Nunukan kini termasuk dalam wilayah Malaysia.

“Di kawasan eks OBP Sinapat dan Kecamatan Lumbis Hulu, Kabupaten Nunukan, terdapat tiga kampung yang sebahagian wilayahnya kini termasuk ke dalam wilayah Malaysia

“Tiga kampung tersebut ialah Kampung Kabungalor, Kampung Lepaga dan Kampung Tetagas,” jelasnya lagi.

Sementara itu, beliau turut mendakwa bahawa Indonesia turut memperoleh tambahan keluasan wilayah hasil pelarasan sempadan tersebut.

“Secara keseluruhan, Indonesia menerima tambahan kira-kira 5,207 hektar kawasan.

"Tanah ini sebelum ini berada dalam wilayah Malaysia dan kini dicadangkan bagi menyokong pembangunan kawasan sempadan, termasuk sebagai kawasan gantian hutan untuk pembinaan Pos Lintas Batas Negara (PLBN) serta pembangunan Zon Perdagangan Bebas,” katanya seperti yang dilaporkan dalam Kompas.

Sumber:KOMPAS.com