Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
Kelibat Putih Di Perhentian Bas
Kredit: @hadieperdanatebov6 via TikTok
Rakaman "Dashcam" Pemandu Lori Dedah Kelibat Putih Di Perhentian Bas, Rupanya Ramai Dah 'Terkena'

Athirah

Rakaman "Dashcam" Pemandu Lori Dedah Kelibat Putih Di Perhentian Bas, Rupanya Ramai Dah 'Terkena'

Secara umum, dunia ini bukan hanya didiami oleh manusia dan hidupan bernyawa yang dapat dilihat dengan mata kasar sahaja.

Hakikatnya, ia turut ‘dihuni’ oleh makhluk-makhluk lain yang terhijab daripada pandangan kita.

Makhluk halus ini hanya muncul dalam keadaan tertentu dan apabila kehadirannya dirasai atau terlihat sudah tentu rasa seram sejuk akan merayap ke seluruh tubuh.

Dengan kemajuan teknologi, ada kalanya makhluk-makhluk ghaib ini dapat ‘direkod’ menggunakan telefon pintar.

Antara tempat yang sering dikaitkan dengan kehadiran makhluk halus ialah kawasan sunyi, bangunan lama dan hutan.

Kelibat putih sedang 'duduk' di perhentian bas

Baru-baru ini, sebuah video menjadi tular di media sosial memaparkan penampakan makhluk halus yang dipercayai pontianak kira-kira jam 1.30 pagi.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @hadieperdanatebov6 di TikTok, makhluk halus itu kelihatan sedang duduk di sebuah perhentian bas di tepi jalan dalam suasana yang gelap dan sunyi.

Difahamkan, pemilik video tersebut sering menyaksikan penampakan makhluk halus, bahkan kejadian itu dianggap sebagai sesuatu yang biasa dan tidak lagi mengejutkan bagi dirinya.

"Perkara biasa bagi kami (pemandu lori)," ujar @hadieperdanatebov6 di ruangan kapsyen.

Video berdurasi 1:03 minit itu memaparkan makhluk halus berkenaan dalam keadaan membelakangi jalan raya, selain memiliki rambut yang panjang. Ia sekali gus menambah elemen misteri dan seram dalam rakaman tersebut.

Namun begitu, @hadieperdanatebov6 dilihat tetap meneruskan pemanduan dengan tenang, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku meskipun berdepan situasi berkenaan.

"Orang kedua turut terserempak dengan perkara sama kira-kira sejam selepas saya melalui kawasan tersebut,” katanya di ruangan komen.

Video berkenaan mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok turut berasa seram dan ada juga yang berkongsi pengalaman mereka ketika berhadapan benda-benda ‘ghaib’ sebelum ini.

"Saya pernah lalu depan kawasan perkuburan area depan sikit dari pasar borong dalam pukul 1 pagi

"Elok je 'dia' duduk kat bus stop, tak pasti entiti apa wajah gelap berselubung kain putih, kaki tangan tak ada. Memang nampak clear sebab tempat tu berlampu... Nasib anak-anak tengah tidur," kongsi seorang wargamaya.

"Pernah bang 'dia' bertenggek atas kepala lori dari Maran sampai mana entah. Kain terjuntai kat cermin depan," komen seorang lagi wargamaya.