Seorang penternak arnab yang profesional terkejut ketika seekor arnab coklat yang comel dilahirkan tanpa telinga dan dianggap sebagai satu keajaiban.
Dia telah menjadi penternak arnab yang profesional selama lebih dari satu tahun tetapi sangat kagum ketika seekor arnab kecil yang dilahirkan tanpa telinga. Dia mengatakan bahawa dia tahu ada sesuatu yang tidak kena semasa dia melihat arnab itu. Dia kemudian menyedari bahawa arnab itu dilahirkan tanpa telinga dan dia sangat bimbang haiwan itu tidak akan bertahan.
Katanya, “Saya tidak pernah melihat perkara seperti ini sebelumnya. Dia sangat cantik. Kami memanggilnya Leo kerana dia terlihat seperti singa mini. Selepas Leo dilahirkan, saya tahu ada yang tidak kena sehingga dia meningkat dewasa saya dapat lihat dia tidak mempunyai telinga”.
Dia mengatakan bahawa dia merasa sangat takut pada mulanya. Tetapi, menyedari perkara seperti ini sangat jarang berlaku. Namun, ia tetap boleh terjadi. Arnab tersebut telah dilahirkan enam minggu yang lalu dan mendapati kejadiannya merupakan jenis keturunan.
Dia segera menjalani pemeriksaan doktor haiwan dan dia nampak sihat sepenuhnya. Melalui penyelidikan, mungkin arnab itu kehilangan telinga kerana penyakit genetik.
Sumber: www.dailystar.co.uk