Siakap Keli
FOTO:MEDIUM

“Banyak Kali Dia Nasihat Aku” Lelaki Tak Sangka & Akhirnya Menyesal, 4 Punca Ini Buat Isterinya Tawar Hati Hingga Bercerai

Siapa yang mahukan sebuah perkahwinan atau hubungan tersebut ‘berhenti’ ditengah jalan. Banyak kenangan manis dan pahit bersama tetapi itulah kita hanya manusia yang merancang tetapi Tuhan yang menentukan semuanya.

Bak kata pepatah, sesal dahuli pendapatan, kesal kemudian tidak berguna. Seperti pengalaman seorang lelaki di Facebook Kisah Rumah Tangga yang bernama suami di mana dia gagal sempurnakan impian rumahtanggannya akibat kecuaian diri sendiri. Salah satu sebab paling kuat adalah tidak menjaga solat dengan baik.

Di sini aku nak cerita kisah aku, untuk bagi pengajaran pada suami isteri diluar sana. Aku baru je bercerai tahun lepas, bertahan hanya 5 tahun, ada anak 2. 

Bawah ni aku bagi sebab-sebab kenapa ‘ex’ bini aku mintak cerai.

1. Aku solat jenis on/off, kadang-kadang dia nak berjemaah tapi aku buat lupa..

2. Aku suka main hp, kurang melayan anak-anak dan bini.

3. Nafkah wang aku tak bagi, tapi nafkah tempat tinggal, makan, pakaian aku sediakan. Perpelanjaan rumah hampir aku yg sediakan, lebih2 tu ex bini aku ada la topupkan skit kalau tak cukup..

4. Kerja rumah kena ex bini aku bertempik baru aku buat sebab kadang-kadang aku lupa dan sikap aku yang suka bertangguh.

Gambar sekadar hiasan

Jenis aku tak melepak, balik kerja duduk rumah, hujung minggu bawak anak bini jalan-jalan mall, hujung bulan bawak shoping barang dapur, pergi bercuti atleast setahun sekali. Aku tak pernah curang, apatah lagi pukul dan hisap dadah.

Sikap aku yang sambil lewa atas 4 perkara yang aku sebut diatas (agak banyak kali dia menasihati aku supaya berubah), telah buat ‘ex’ bini aku tawar hati dan hilang perasaan sayang terhadap aku.. puas aku pujuk dan berjanji untuk berubah, ajak pergi kaunseling pun dia tak nak.

Memang betul-betul dia dah tawar hati, tiada langsung peluang diberi. Aku akur dan lepaskannya dalam keadaan terpaksa. Aku sedih sebab anak-anak aku masih kecil, tapi tidak mempunyai keluarga yang sempurna. Aku rindu keluarga aku yang dulu. Aku rindu dan sayang mereka.

Engkau akan rasa tersangat sunyi, balik rumah kosong, tiada gelak ketawa anak bini, ni raya pun tanpa anak bini, terasa forever alone gila.

Gambar sekadar hiasan

Pada suami diluar sana, hargai isteri korang, selalulah dengar dan bercakap dengan mereka. Belai mereka, lindungi mereka, tunaikan tanggungjawab anda sebagai suami. Ingat pengorbanan mereka yang melahirkan zuriat kita, tingalkan family mereka untuk bersama dengan kita, Isteri tu hanyalah pinjaman dan bila-bila masa Allah boleh tariknya.. waktu tu dah engkau menyesal pun dah tak guna. Engkau akan rasa tersangat sunyi, balik rumah kosong, tiada gelak ketawa anak bini, ni raya pun tanpa anak bini, terasa forever alone gila.

Betulah orang cakap bila ada depan mata tak nak hargai, bila dah hilang baru nak menyesal. Fikir-fikirkanlah wahai suami. Jangan jadi macam aku.

Pada isteri pula, janganlah jadikan penceraian itu penyelesaian masalah. Ingatlah anak-anak kecil dan kebaikan suami, pasti ada walau sebesar zarah. Manusia ni tak sempurna, masing-masing ada kebaikan dan kekurangan. Perkahwinan ni adalah perkongsian dan terima baik buruk pasangan. Barulah saling melengkapi dan insyaAllah pasti bahagia.

Buat bekas isteri aku, saya minta maaf jika saya telah mengabaikan awak, saya tak jaga awak dan tak jadi imam awak seperti yang awak mahukan. Walaupun kita dah ada kehidupan masing-masing, sayang saya pada awak mungkin boleh pudar, tapi mustahil untuk saya lupakan awak sebab awak adalah cinta pertama saya di mana-mana saya pergi pasti akan ada kenangan yang buatkan saya teringatkan pada awak.

 

Sumber: Kisah Rumah Tangga

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang