Bilik tidur adalah tempat yang paling selesa untuk kita beristirehat bagi melepaskan segala lelah. Tambahan pula, kita boleh melakukan apa sahaja aktiviti di dalam bilik tidur tanpa diganggu. Jadi disebabkan itu, keselesaan bilik tidur adalah sangat diutamakan.
Melalui satu perkongsian di laman facebook milik Naquia Esir, ibu kepada tiga orang anak ini berkongsi proses sepanjang dia mendeko bilik salah seorang anak lelakinya supaya kelihatan cantik. Ibu ini telah memilih tema kapal terbang kerana anak lelakinya yang terlalu obses dengan kapal terbang.
Tidak sia-sia usaha yang dilakukannya kerana hasil akhir sungguh sempurna. Sehingga ada yang menyangka dia membeli stiker kapal terbang yang siap di kedai-kedai.
Alhamdulillah, akhirnya, siap pon kapal terbang ibu!!
Gigih tak gigih seorang ibu nak deko bilik anak punya pasal kan 😂 ni baru 30% ja ni dari bayangan keseluruhan deko tema kapal terbang untuk si kecik Wafiq tu.
Mountain mural ☑️
Mural Kapal terbang sepanjang 3 kaki ☑️Lepas ni flooring, perabot, frame gambar, dan beberapa lagi benda untuk melengkapkan deko bilik.
Since ibu buat sendiri semua ni, slow and steady jelah ya. Siapkan cat accent wall semua dinding bilik, baru ibu proceed langkah seterusnya 😆
Scroll gambar last tengok reaksi sikecik tu 🤩
Kalau nak tengok proses dari awal, Quia dah save semua dalam Highlight Instagram @terangi.casa ok 💕

Macam biasa, Pinterest tempat cari gali inspirasi.

Langkah pertama lakar dulu. Quia lakar separuh kapal terbang di kertas lukisan anak. Ni takde tekap-tekap ya. Separuh jelah sebab mana nak cari kertas lebar 3 kaki tu. Setakat nak buat bilik anak sorang ni, guna apa yang ada sahaja.

Berbekalkan lakaran kapal terbang separuh tu, tekap lah di dinding. Time ni banyak adjust juga sebab nak bagi seimbang cockpit dengan segala jenis wings yang ada.

Ni antara lakaran yg boleh diterima selepas betulkan beberapa bahagian.

Quia selotape semua bahagian takut jari jemari tak berapa lembut nak cat semua bahagian yg halus-halus tu.

Siap cat!

Selepas tarik selotape, semua bahagian sisi kemaskan dengan pen marker artline.

Alhamdulillah, siap juga. Ni 100% kerja tangan ya. Bukan sticker 😅 Ada yg tanya dekat instagram dekat mana beli sticker kapal terbang ni.

Airplane mural + Mountain mural view 😍

Sumber: Naquia Esir