Siakap Keli

“Ada Yang Peram Dulu,” Ini Tips Cara Makan Nasi Kandar Paling Asli & Padu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sebagai netizen sejati, anda pasti sudah tahu bahawa group Facebook paling trending masa kini adalah Suami Masak Apa Hari Ini?.

Tidak perlulah penulis cerita dengan lebih dalam lagi kerana sebut saja SMAHI, semua orang dah tahu para suami dan bujang di sana sekarang sedang bersesak-sesak menempah Apron eksklusif keluaran khas SMAHI yang super cantik itu.

Namun, ada satu lagi group Facebook paling trending yang anda perlu tahu sekarang, dengan syarat anda adalah seorang penggemar menu nasi kandar, iaitu Nasi Kandaq Hunters (NKH).

Group yang mengumpulkan kira-kira lebih 30,000 ‘hantu’ nasi kandar dari seluruh Malaysia dan luar negara ini menjadi tempat untuk ‘Kandarian’ berkongsi pelbagai maklumat seperti kedai mana yang sedap, cerita-cerita mahupun berkongsi gambar sepinggan nasi kandar.

Yang kita faham, biasanya lauk nasi kandar adalah ayam, sayur kubis, kuah campur, kari kepala ikan dan sebagainya.

Tapi bagi menu nasi kandar yang asli sewaktu mula-mula ‘wujud’ dahulu adalah seperti yang dikongsikan oleh seorang ahli NKH, iaitu Alang Zulqarnain.

Mari baca tips ini.

*nota: tips ini ditulis dalam loghat utara yang pekat

Gambar sekadar hiasan.

PETUA UNTUK BEGINNER

Ni nak habaq sikit la noo, kadang orang luaq hat mai Penang ni depa tak tau cara hat betoi nak makan nasi kandaq.

Lepaih tu mula la dok jaja kata nasi kandaq ni serupa ja dengan nasi campoq.

Alooo baq hang, cerin bulu roma dengaq oo.

Dia kadang bukan apa, dia tak tau cara, lepaih tu dia buat joqa.

La ni nak bagi kod hat paling senang skali kalau pi nasi kandaq.

Ni untuk beginner, hat otai dlm ni takpa, depa tau dah nak buat lagu mana.

Habaq lagu ni.

Nasi putih / nasi minyak
Ayam goreng
Teloq dadar / teloq rebuih
Sayoq kobis
Bendi / cabai hijau
Papadom

Kuah campoq taroh ataih…….!

Antara hidangan nasi kandar yang cukup sempurna. (Gambar sekadar hiasan)

Tang ni yang kadang dok peqati, ada hat dok tunjuk-tunjuk kuah kat joki tu, hat dok habaq tak mau kuah tu tak mau kuah ni, hat mintak kuah asing tak mau boh ataih nasik.

Hangpa mintak memang dia bagi, tapi tang surrr tu takdak la.

Hangpa sebut ja kuah campoq taro ataih, biaq joki tu buat kerja dia.

Baru la nama nasi kandaqq. Oloooo suurrr!

(Gambar menunjukkan antara joki kuah campoq terbaik di Pulau Pinang, ni Nasi Ketapang Jamal Mohamed punya joki)

Gambar: Facebook
Antara hidangan nasi kandar yang cukup sempurna dan ‘surrrrr’. (Gambar sekadar hiasan)

Nota tambahan: jika anda peminat nasi kandar, anda harus tahu beberapa istilah yang biasa digunakan oleh ‘Kandarian’ dalam komuniti Nasi Kandaq Hunters ini, contohnya;

Surrrr = padu, perfect, lima bintang

Joki = tukang cedok lauk

Selain itu, ada satu lagi teknik kalau anda nak makan nasi kandar dengan cara dan gaya paling surrrr, iaitu bungkus.

Kebiasaan orang yang kaki nasi kandar ini, sesetengah mereka lebih suka beli dahulu di kedai, bungkus dalam lipatan plastik serta kertas/surat khabar, kemudian peram dahulu dalam 10 – 30 minit (ada sampai lebih sejam).

Ia bertujuan untuk bagi kuah kari campur banjir tu menyerap masuk ke serata nasi.

Di bawah ini adalah hasilnya setelah diperam.

Gambar: Facebook

Meleleh tak air liur lepas baca tips dan tengok gambar ni?

Tengah hari nanti, bolehlah cuba ya.

Sumber: Alang Zulqarnain via Nasi Kandaq Hunters

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.