Siakap Keli

Pelawat Asing Untuk Tujuan Perubatan Dibenarkan Masuk Malaysia Tetapi Bersyarat- Ismail Sabri

Kemasukan warga asing ke negara ini bagi tujuan perubatan adalah dibenarkan, umum Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Mereka juga kita benarkan masuk ke negara kita tanpa memohon kebenaran daripada pihak imigresen.

“Apa yang mereka perlu buat adalah hanya mendaftar kepada Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC).

“Mereka perlu daftar dan selepas pendaftaran itu, mereka boleh masuk ke negara kita tanpa merujuk kepada Jabatan Imigresen lagi,” katanya dalam sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini.

Bagaimanapun, jelas Ismail, mereka tetap perlu menjalani saringan COVID-19 di negara asal atau di pintu masuk Malaysia.

Mereka tidak perlu menjalani kuarantin memandangkan akan terus dibawa ke hospital untuk tujuan rawatan apabila tiba di negara nanti.

Dalam pada itu, mereka juga dibenarkan untuk membawa seorang pengiring serta turut perlu melakukan prosedur sama; muat turun aplikasi MySejahtera bagi tujuan pemantauan, saringan dan sebagainya.

Kenyataan tersebut boleh dirujuk pada durasi ke 23:45.

Sumber: RTM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'