Siakap Keli
Gambar: Polis Alor Gajah

Sampai Meniarap Bawah Pintu, Polis Cari Suspek Pecah Masuk Secret Recipe Di Alor Gajah

Polis mencari suspek yang memecah masuk ke sebuah kedai kek Secret Recipe di Alor Gajah, Melaka semalam.

Menurut kemaskini daripada Polis Alor Gajah, suspek dipercayai menceroboh ke premis tersebut mengikut pintu hadapan dengan mengumpil gril besi kedai berkenaan.

Unit Rondaan Bermotosikal (URB) BPJKK membuat “respon time” melawat mangsa kes pecah bangunan pekerja Secret Recipe di Pusat Perniagaan Jelatang, Alor Gajah.

Suspek dipercayai memasuki kedai tersebut mengikut pintu ‘shutle gril’ dengan mengumpil bahagian kunci pintu tersebut dan melarikan peti keselamatan yang disyaki mempunyai duit tunai yang tidak sempat di simpan di bank.

Gambaran suspek dapat dirakam oleh kamera litar tertutup kedai tersebut. Sebarang maklumat pengecaman suspek boleh disalurkan ke IPD Alor Gajah di talian 06-5562222 dan berhubung dengan Pegawai Penyiasat yang berkenaan.

Sumber: Polis Alor Gajah

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.