Siakap Keli

TERKINI: Satu Kluster Baharu Dikesan Di Sepang, Penularan Disyaki Berpunca Daripada Aktiviti Kunjung-Mengunjung

Satu kluster baharu COVID-19 telah dikesan di Labu Lanjut, Sepang, Selangor, umum Kementerian Kesihatan (KKM).

Ketua pengarahnya, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat lima (5) kes positif COVID-19 telah dikesan dalam kluster tersebut setakat ini.

“Kes indeks adalah merupakan seorang pesakit yang dirawat untuk Acute Respiratory Infection (ARI) di Hospital Serdang di mana beliau dikesan positif pada 5 Jun 2020.

“Aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection – ACD) mendapati bahawa empat (4) ahli keluarga beliau (iaitu dua (2) orang anak dan dua (2) cucu) juga telah dikesan positif COVID-19.

“Tiga (3) ahli keluarga tinggal serumah dengan beliau manakala seorang lagi dari tempat kediaman yang lain,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Hisham menambah, siasatan dan saringan kontak rapat terus dijalankan di mana seramai 29 orang telah dikenalpasti dan disaring setakat ini.

“Punca jangkitan kluster ini masih dalam siasatan, namun penularan COVID-19 disyaki mungkin berkaitan dengan aktiviti kunjung-mengunjung,” jelasnya lagi.

Sumber: Kenyataan Akhbar KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.