Prayagraj, India — Seorang lelaki berkahwin dengan sebuah patung kayu di Uttar Paradesh pada Khamis lalu demi mengikut hasrat ayahnya.
Pernikahan yang dianggap aneh ini berlangsung di Ghurpur dengan menjalankan semua ritual seperti perkahwinan yang biasa.
Bukan sahaja perkahwinan yang aneh malah alasan bapa lelaki tersebut yang berumur 90 tahun, yang menyuruh anaknya berkahwin dengan patung kayu juga tidak masuk akal.
“Saya mempunyai sembilan anak lelaki dimana lapan orang sudah berkahwin. Anak lelaki saya yang ke 9 tidak mempunyai harta dan tidak pintar, jadi saya menjodohkannya dengan patung,” kata bapa pengantin tersebut semasa di temu buat oleh wartawan.
Prayagraj: A man was married to an effigy in Ghurpur as per his father's wish. Father of the bridegroom says, "I have 9 sons of which 8 were married. My 9th son has no property and is not intelligent, so I got him married to an effigy. (18.06.2020) pic.twitter.com/FiONuWdAQO
— ANI UP (@ANINewsUP) June 18, 2020
Menurut saudara mara yang hadir acara perkahwinan tersebut mengatakan ia adalah permintaan terakhir bapa pengantin lelaki tersebut memandangkan keadaanya yang telah uzur.
‘Pengantin’ perempuan kayu itu dihiasi dengan persalinan sutera merah dan hiasan bunga-bunga persis seperti pengantin wanita sebenar. Upacara perkawinan seperti bertukar kalung dan mengelilingi api sebanyak 7 kali juga dilakukan bersama pengantin patung kayu tersebut.
Majlis perkahwinan ini juga dihadiri oleh sami yang merestui dan melangsungkan perkahwinan tersebut.
Laporan mengatakan, bapa pengantin itu berkeras ingin melihat semua anak lelakinya berkahwin sebelum dia meninggal dunia. Saudara mara dan sami di perkampungan itu juga berusaha menyakinkan lelaki tersebut untuk meneruskan hasrat bapanya kerana ianya bukanlah perkara yang aneh.
Sumber: NDTV