Siakap Keli

Dua Hari Menghilang, Pemilik Kucing Jalanan ‘Oyen’ Si Bob Dedah Punca Kematian

Masih ingatkan anda kisah seekor kucing jalanan terkenal, Bob yang telah mati beberapa hari lalu?

Ketika berita itu tular, pemiliknya James Bowen beserta jutaan peminat di seluruh dunia menangisi kematiannya kerana percaya, kucing tersebut ibarat nyawa bagi James.

Dari zaman James hidup susah sebatang kara sehinggalah menjadi terkenal dan mampu menulis buku serta filemnya sendiri, Bob lah yang jadi tulang belakangnya setiap masa.

Namun waktu itu, semua orang tidak tahu kenapa Bob mati, James sendiri tidak berkata apa-apa.

Baca: ‘Oyen’ Kucing Jalanan Terkenal, Bob Yang Berjaya Ubah Nasib Tuannya Dilapor Meninggal Dunia

Bagaimanapun semalam, James akhirnya meluahkan juga perkara sebenar punca kematian kucing ‘Oyen’ kesayangannya itu dan dikongsikan semula melalui halaman Facebook A Streetcat Named Bob seperti di bawah.

Saya berasa belum bersedia untuk bercerita keadaan kematian Bob pada awal minggu lalu. Ianya sangat menyedihkan, bukan saya sahaja tapi jutaan peminatnya di seluruh dunia. Tetapi maaf, saya terpaksa mengesahkan bahawa Bob mati kerana cedera parah selepas dia dihentam kereta berdekatan rumah kami pada Isnin tengah hari.

Sebelum itu dia menghilangkan diri selama dua hari, walapun hebahan rayuan mencarinya sudah dibuat di seluruh negara, lalu dia ditemui kurang daripada setengah batu dari rumah dan diambil oleh pihak veterinar yang menghubungi saya. Saya tidak boleh menggambarkan betapa sedihnya saya.

Saya benar-benar terasa kehilangan. Bob menghidapi masalah buah pinggang tahap dua tetapi kami menjaganya dengan baik, dan saya rasa dia mampu lagi untuk hidup lagi setahun dua. Saya hanya berasa sedih kerana dia tidak dapat menikmati kehidupan di penghujung usia sepenuhnya. Saya amat merindukannya. 

Terima kasih kepada anda semua atas kata-kata semangat dan sokongan yang hebat, serta penghormatan yang anda ‘bayarkan’ kepada Bob beberapa hari lalu. Mereka umpama dunia bagi saya kerana saya telah berjuang untuk melalui masa yang terlalu sukar ini. Saya sayang anda semua – James

Antara kenangan James bersusah-senang bersama Bob ketika hayatnya.
Antara kenangan James bersusah-senang bersama Bob ketika hayatnya.

Semoga pemergian Bob dapat membuka mata kita semua bahawa perpisahan dengan haiwan kesayangan adalah satu peristiwa paling memilukan bagi semua pencinta haiwan.

Selamat jalan Bob, semoga tenang di sana.

Bob, 2007 – 2020.

Sumber: A Streetcat Named Bob

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.