Siakap Keli

‘Oyen’ Kucing Jalanan Terkenal, Bob Yang Berjaya Ubah Nasib Tuannya Dilapor Meninggal Dunia

Bob, seekor kucing jalanan yang menjadi teman setia kehidupan seorang lelaki bernama James Bowen telah mati.

Sahabat comelnya itu meninggalkan dunia ini pada usia 14 tahun.

Bagaimanapun, punca kematiannya belum lagi dinyatakan daripada mana-mana sumber.

Mengimbas kembali, James pernah menulis kisah hidupnya dengan kucingnya itu dalam bukunya berjudul A Street Cat Named Bob.

Kehidupan James yang dahulunya hanya menyara hidup di jalanan dengan sebuah gitar sudah berubah ke arah lebih baik sejurus dia ditakdirkan ‘berkenalan’ dengan kucing jalanan tersebut pada 2007.

Bob dianggap pembawa sinar dan tuah dalam hidupnya.

Sudah tentu kematiannya setelah hidup bersama-sama menempuh zaman susah sehingga senang sepanjang 13 tahun itu menjadi satu peristiwa paling menyedihkan dalam hidup James.

Penerbit buku, Hodder & Stoughton berkata dalam satu kenyataan,

“James dan Bob bersama-sama mengumpul peminat dari seluruh dunia, Bob menjalani kehidupan yang luar biasa menjumpai orang-orang yang meminati buku, mengembara ke seluruh dunia. Dia adalah kucing yang amat luar biasa dan pastinya akan sangat dirindui,”

Sementara itu, tuan Bob, James menambah, kucing itu telah menyelamatkan hidupnya.

“Ianya semudah itu. Dia memberi saya lebih daripada persahabatan. Dengan bersamanya di sisi saya, saya telah menjumpai arah hidup dan menemukan semula apa yang pernah hilang.

“Kejayaan kami kecapi bersama melalui buku kami serta filem kami sungguh menakjubkan.

“Dia telah berjumpa ribuan manusia, menyentuh jutaan nyawa. Tidak ada kucing sepertinya, dan selamanya tidak ada lagi.

“Saya berasa ia seakan cahaya yang telah padam dalam hidup saya. Saya tidak akan melupakannya” katanya dalam satu kenyataan di halaman Facebook A Streetcat Named Bob.

Buku pertamanya yang menceritakan kisah hidupnya yang berubah sejak bertemu dengan kucing itu. Gambar: agensi

Sejarah mereka mula bersahabat

Mengimbas kembali, James bertemu dengan Bob pada 2007 lalu ketika menjumpai kucing itu dalam keadaan tercedera.

Dia mengambil keputusan untuk menjaganya serta membawanya bersama setiap hari untuk menjual koleksi buku The Big Issue di jalanan di London.

Dalam pada itu, James turut menulis tentang kehidupan mereka berdua dalam buku pertamanya; A Street Cat Named Bob dan diterbitkan oleh Hodder & Stoughton pada 2012.

Ia diikuti dengan buku sekuel berikutnya iaitu The World According to Bob, A Gift from Bob dan The Little Book of Bob.

Disebabkan kisah mereka agak terkenal, kesemua buku itu berjaya dijual kira-kira lapan juta salinan dalam lebih 40 bahasa.

Bob sentiasa menemani James walau di mana pun berada. Gambar: agensi
Antara kenangan ketika masih bersama Bob. Gambar: agensi
Antara kenangan ketika masih bersama Bob. Gambar: agensi
Antara kenangan ketika masih bersama Bob. Gambar: agensi

Sumber: A Streetcat Named Bob, Mirror

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.