Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bekas Isteri Najib, Tengku Puteri Zainah Meninggal Dunia

bekas isteri najib
Kredit: Facebook Nizar Najib

Bekas isteri kepada mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar, meninggal dunia.

Iklan

Perkhabaran duka itu dikongsikan anak sulungnya, Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib menerusi laman sosial Facebook sebentar tadi.

“Dengan penuh rasa dukacita dimaklumkan pemergian bonda tercinta, Allahyarhamah Tengku Puteri Zainah.

“Terima kasih, bonda atas segala kasih sayang, pengorbanan dan doa sepanjang hayatmu. Tiada apa yang mampu membalas segala jasamu.

“Semoga Allah SWT mengampuni segala dosamu, merahmatimu dan menempatkanmu dalam kalangan penghuni Syurga Firdaus.

“Bonda tetap hidup dalam doa dan ingatan anakanda selamanya,” kongsi beliau.

Intipati
  • Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar, bekas isteri Najib Razak, dilaporkan meninggal dunia.
  • Berita pemergian itu dikongsikan anak sulungnya, Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib, di Facebook.
  • Mohamad Nizar menzahirkan penghargaan atas kasih sayang, pengorbanan dan doa bondanya.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan