Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bekas Timbalan Speaker Dewan Negara Meninggal Dunia

meninggal
Bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Seri Abdul Halim Abd Samad

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Seri Abdul Halim Abd Samad meninggal dunia pada usia 86 tahun akibat jangkitan paru-paru hari ini.

Iklan

Adik bongsu Allahyarham, Zulkhairi Abd Samad berkata abangnya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur pada 4.20 petang.

“Arwah sudah beberapa tahun sakit paru-paru sebelum mengalami kerosakan injap jantung dan sering keluar masuk ke hospital.

“Semalam, secara tiba-tiba arwah tidak sedarkan diri dan doktor memberitahu kemungkinan ia berpunca daripada jangkitan kuman pada paru-parunya,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Zulkhairi berkata jenazah kini berada di kediamannya di Jalan Jelatek, Kampung Datuk Keramat dan dijangka disolat serta dikebumikan di Gombak pagi esok.

Abdul Halim, yang berasal dari Kuantan, Pahang meninggalkan isteri, Iasah Ibrahim dan tiga anak.

Beliau dilantik sebagai Senator pada 3 Nov 2014 dan berkhidmat sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara dari 18 April 2016 hingga 2 Nov 2020.

Abdul Halim pernah bertugas sebagai guru, setiausaha akhbar dan setiausaha sulit kanan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta merupakan Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan yang pertama.

Beliau juga pernah memegang jawatan Pengerusi Kumpulan KUB Malaysia Bhd dan terlibat dalam persatuan kebajikan masyarakat.

-- BERNAMA

Intipati
  • Abdul Halim Abd Samad meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru pada usia 86 tahun.
  • Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur pada 4.20 petang hari ini.
  • Beliau pernah berkhidmat sebagai Senator dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara hingga 2020.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan