Bayi Hampir Meninggal, Terlantar Di ICU 5 Minggu Akibat Tertelan Air Berkuman Ketika Lahir Secara “Waterbirth”

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Minggu lepas, dunia dihangatkan dengan kematian seorang bayi bernama Herlow di Australia, berpunca daripada ajaran Lotus Birth yang diamalkan ibunya.

Fahaman pelik tersebut ‘mengajar’ ibunya untuk tidak memotong tali pusat bayi berkenaan sejurus dilahirkan serta dibiarkan ia kekal terikat di perut sehingga membusuk serta dijangkiti kuman.

Difahamkan, ajaran Lotus Birth adalah salah satu daripada fahaman golongan ‘berhaluan kiri’ yang tidak mahu mengikut norma manusia biasa; seperti anti-vaksin, kelahiran Doula dan sebagainya.

Baru-baru ini, dunia sekali lagi digegarkan dengan isu seorang bayi di Kanada yang dilahirkan ibunya di dalam air, atau istilahnya dipanggil Waterbirth.

Akibat percaya dengan fahaman berkenaan, bayi tersebut hampir-hampir kehilangan nyawa ekoran pelbagai kesan buruk mula berlaku selepas ia dilahirkan.

Baca: Warning Against Water Births As Newborn Nearly Dies From Hot Tub Infection

Seorang pengamal perubatan, Dr. Malarsanthi Santherasegapan berkongsi terjemahan ringkas kisah tersebut dalam terjemahan Bahasa Malaysia serta ulasan dari sudut perubatan untuk dibaca dan difahami oleh kita semua dengan lebih mudah.

Berikut adalah perkongsiannya seperti di bawah ini.

Gambar sekadar hiasan.

“Waterbirth ni apa? Korang lahirkan anak ke dolphin??!!”

Itulah pertanyaan doktor pakar bayi di Kanada, apabila seorang bayi perempuan di situ, hampir mati akibat komplikasi Waterbirth.

Waterbirth ni maksudnya ibu bersalin dalam air, dan bukan atas katil macam kita.

Apa faedahnya? Entah para doktor pun tak tahu.

Apa risikonya? Meh saya nak cite.

Sumber: Facebook

Baby Len HAMPIR MATI

Seorang bayi perempuan, saya namakan Baby Len lahir cukup bulan, sifat sempurna secara normal melalui vagina ibunya, ditolak terus ke dalam air, melalui kaedah waterbirth.

Persiapan waterbirth itu dibuat tiga (3) hari sebelum kelahiran baby, iaitu sebuah kolam besar diisi dengan air.

Katanya airnya panas ketika baby lahir.

Baby Len umur 8 hari:

– Dikejarkan ke hospital sebab demam tinggi, meragam & kurang minum.
– Nurse dan doktor check serta merta.
– Organ dalaman Baby Len dah mula rosak (buah pinggang, hati, jantung).
– Baby dimasukkan ke ICU baby dengan segera.
– Rawatan dimulakan dengan serta merta.

Sumber: Facebook

Di ICU baby:

– Doktor jumpa punca Baby Len demam panas & tak boleh minum adalah sebab jangkitan kuman yang dah merebak satu badan, SEPSIS!!
– Doktor check darah.
– Jumpa kuman bernama Legionella Bacterium dalam seluruh darah Baby Len.
– Doktor bagi ubat antibiotic yang tepat dan sesuai untuk kuman tuh.
– Baby Len terpaksa duduk kat ICU selama 5 minggu dengan tiub pernafasan dalam tekaknya. (tengok gambar)
– Menurut doktor yang merawat dia, Baby Len hampir MATI kalau doktor tak periksa kuman dalam air tu, Legionella.

Sumber: Facebook

NOTA KAKI:

1) Kuman Legionella ni memang hidup dalam air, so Baby Len tertelan, tersedut benda (kuman) tu waktu lahir. Pakar mengesahkan, walaupun air dalam kolam tuh bukan 3 hari sebelumnya, air fresh fresh pun, Legionella ni masih boleh hidup, sebab dia memang kuman yang ‘otai’.

2) Menurut kajian, Waterbirth ni memberi keseronokan kepada ibu bersalin. Kurang sakit, kurang ubat, dan kononnya boleh percepatkan proses awal bersalin.

So sekarang Dr. Malar pulak nak tanya.. seronok ke bersalin kalau anak 5 minggu duk kat ICU?

Hilang ke sakit kalau 5 minggu tekak anak ada tiub pernafasan??

Best ke Waterbirth kalau anak HAMPIR MATI?

Saya tak faham.

#celotehdrmalar
#waterbirth
#waterbirthmembunuh

Sumber: Facebook

Sumber: Malarsanthi Santherasegapan, HuffPost

IKLAN

Denin

Menulis untuk mendidik.