Siakap Keli
Gambar: @afiqedruce

“Cuba Fikir Tu Batang Kayu,” Netizen Seram Lihat Foto Didakwa Terdapat ‘Entiti’ Yang Memerhati

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Perkara-perkara mistik sememangnya wujud dalam persekitaran kita, bahkan pasti ada sesetengah daripada kita yang pernah mengalaminya sendiri.

Namun begitu, untuk menjelaskannya bukanlah senang. Ini kerana ada sesetengah orang yang tidak mempercayai langsung akan kewujudan unsur-unsur mistik ini. Seseorang itu perlu melaluinya sendiri atau ada bukti yang kukuh seperti gambar mahupun video untuk membuatkannya percaya.

Menerusi satu gambar yang dikongsi oleh seorang pengguna Twitter bernama @afiqedruce, gambar yang diambil di kawasan sungai di Janda Baik itu dengan niat hanya untuk kenang-kenangan telah didakwa mempunyai unsur mistik oleh warganet.

Sekiranya dilihat kepada gambar tersebut seimbas lalu, tiada apa yang perlu dikhuatirkan. Namun, apabila pandangan difokuskan pada bahagian pokok-pokok di belakang, ternampak seakan-akan ‘ada entiti yang memerhatikan mereka’.

Perkara tersebut telah disedari oleh beberapa orang warganet dan berkongsikan gambar yang telah difokuskan pada bahagian itu

Warganet yang melihat gambar tersebut lantas terus memfokuskan kepada latar belakang gambar itu.

Pun begitu, ada juga yang pada awalnya menganggap ianya hanyalah kayu. Namun apabila dibandingkan kedua-dua gambar, terdapat perbezaan seperti terdapat pergerakan.

Pun begitu, pemilik gambar ini sendiri meminta agar warganet untuk lebih bertenang dan juga meminta orang ramai untuk fikirkannya hanyalah batang kayu.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan apa sebenarnya yang didakwa oleh beberapa orang warganet di gambar tersebut. Pelbagai spekulasi dan andaian timbul ekoran gambar tersebut turut mendatangkan rasa seram kepada seseorang.

Sumber: @afiqedruce

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa