Siakap Keli

(Video)Menyingkap Kehidupan Seharian Muna, Kanak-Kanak Di Yaman Tunjuk Cara Mereka Kekal Selamat Ketika Pandemik Covid-19

Bagi yang masih tidak tahu, Yaman pada ketika ini sedang dilanda krisis kemanusiaan yang terburuk sejak tahun 2016 dan ia ditambah lagi dengan penularan pandemik Covid-19 yang tidak menunjukkan tanda-tanda akan pulih dengan sepenuhnya, lapor YorkRegion.com.

Krisis tersebut telah memberikan impak yang sangat besar kepada rakyat di negara tersebut terutama kanak-kanak yang kebanyakannya tidak dapat membesar dengan baik kerana kebuluran.

Memetik laporan United Nation Children’s Fund (UNICEF), situasi di Yaman sangat mengerikan dengan keperluan mendesak untuk mengurangkan penyebaran pandemik Covid-19.

UNICEF mengambil peluang untuk memperlihatkan kepada dunia mengenai Muna Zayed yang merupakan salah seorang daripada 1.7 juta kanak-kanak yang terkesan di Yaman.

Kanak-kanak yang berusia 10 tahun itu tinggal bersama keluarganya di kem Al Sha’ab di Aden iaitu di selatan negara itu. Mereka terpaksa meninggalkan rumah mereka di Taiz dan tinggal di kem tersebut kerana pertempuran yang terus menerus.

Sekolah Muna ditutup sebagai usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 namun dia tetap ingin menunjukkan kepada dunia bagaimana kehidupan seharian yang dijalani olehnya.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh UNICEF,  Muna mengambil langkah berjaga-jaga dengan sentiasa menggunakan air bersih bagi mengelak dari penularan Covid-19.

Bagi melihat lebih jelas mengenai kehidupan yang dijalani oleh Muna di kem tersebut, ikuti video di bawah ini.

Sumber: UNICEF

Sofea

There's always another side to every story