Siakap Keli

(Video)”Ni Kucing Ke Burung Kakak Tua,” Gelagat Kucing Ajuk Cakap Manusia Cuit Hati Warganet

Kucing adalah sejenis haiwan peliharaan yang sangat manja dan digemari ramai. Manakan tidak, kecomelan dan perangai yang berlainan pada setiap kucing itu pastinya akan berjaya menambat hati kita.

Satu video di media sosial Instagram yang menunjukkan seekor kucing mengajuk bunyi yang dikeluarkan tuannya telah menjadi tular.

Kucing yang dipercayai bernama Sofia daripada Rusia itu kelihatan sangat bersahaja mengajuk bunyi yang dibuat oleh tuannya seolah-olah dia tahu apa yang tuannya itu cakap kepadanya.

Malah, ada juga netizen yang menganggap kucing ini mempunyai ‘jiwa burung kakak tua’ yang sedia maklum dikenali boleh meniru percakapan manusia.

Menerusi perkongsian di laman Instagram kucing tersebut yang bernama sofiadelmonstro, pemiliknya juga memberikan persoalan adakah haiwan ini kucing atau pun burung kakak tua di bahagian kapsyen

“Ni kucing ke burung kakak tua?”

Bukan sahaja bijak, kucing tersebut berjaya menambat hati warganet dengan kecomelan bunyi yang dikeluarkan olehnya itu.

Walaupun ada yang tidak memahami perkataan yang diungkapkan, namun mereka tidak dapat menafikan bahawa ‘gelagat’ itu sangatlah comel.

Sumber: sofiadelmonstro

IKLAN

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa