Hanya 4ย kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 8,600 kes setakat Khamis (25 Jun 2020), jam 12 tengahari.
Menurut kemaskini daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),ย oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah sebanyakl 208 kes dan mereka telah diasingkan diberi rawatan di hospital.
Daripada 4 kes baharu dilaporkan, tiga kes adalah kes import manakala satu kes merupakan kes tempatan.
Bagi kes sembuh di negara ini setakatย jam 12 tengahari, sebanyak 40 kes positif jangkitan Covid-19 dilaporkan telah pulih dan dibenarkan keluar hospital.
Ianya sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan dibenarkan keluar hospital di Malaysia meningkat kepada 8,271 orang iaitu bersamaan dengan 96.17 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
Selain itu, tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 di mana jumlah kumulatif kes kematian kekal sebanyak 121 kes atau 1.41 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
Malah, ia merupakan perkembangan positif apabila Malaysia dilaporkan telah mencatatkan tiada rekod kematian Covid-19 selama 11 hari berturut-turut di mana kematian terkahir dilaporkan pada 14 Jun lalu.
๐๐๐ซ๐ค๐ข๐ง๐ข #๐๐จ๐ฏ๐ข๐๐๐๐ฆ๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐, ๐๐ ๐๐ฎ๐ง ๐๐๐๐
Kes sembuh= 40
Jumlah kes sembuh= 8,271
Kes positif= 4 kes
(kes import= 3, kes tempatan= 1)
Jumlah positif= 8,600 kes
Kes kematian=0
Jumlah kes kematian= 121 kes
Kes dirawat di ICU= 2
Bantuan Alat Pernafasan= 0 pic.twitter.com/ixQTK8O2JI— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) June 25, 2020
Hari ke-11 tiada kematian akibat #COVID19 dilaporkan di negara kita ๐ฒ๐พ. Kematian terakhir dilapor pada 14 Jun lalu.
Setakat ini, 1โฃ2โฃ1โฃ kematian di Malaysia bersamaan 1.41% daripada 8,600 kes keseluruhan #COVID19.
โ KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) June 25, 2020
Sumber: KKM Putrajaya