Siakap Keli

Azmeer Yusof Umum Undur Diri Dari Skuad Kedah, Mahu Fokus Kepada Perniagaan

Sebentar tadi, Azmeer Yusof yang juga pemain pertahanan Kedah mengumumkan pengunduran diri beliau dari pasukan hijau kuning itu. Menurut beliau, pengunduruan diri beliau bukanlah kerana masalah gaji tapi kerana ingin fokus dengan perniagaan.

Azmeer turut memohon maaf dengan seluruh penyokong Kedah atas keputusan beliau dan berharap pasukan kesayangannya ini dapat terus mencipta kejayaan di masa hadapan.

Assalamualaikum..

Dengan ini saya mengumumkan pengunduran saya dari pasukan Kedah FA. Keputusan ini bukanlah kerana masalah gaji, tetapi kerana saya ingin menumpukan sepenuh perhatian kpd perniagaan saya.

Saya doakan yg terbaik buat pasukan Kedah FA. Semoga terus mencipta kejayaan2 di masa akan datang 

Ampun maaf dipinta kpd semua pihak seandainya kehadiran saya ke bumi Jelapang Padi tidak dialu-alukan. Sesungguhnya yg baik datang dr Allah Taala, yg buruk datang dari diri saya sendiri 

Kepada semua penyokong bolasepak Kedah FA, teruskan memberi sokongan kpd pasukan Kedah. Tanpa kalian, bolasepak tiada erti 

Maafkan saya, saya akan sentiasa rindukan sorakan
kalian.

Kepada penyokong bolasepak Kedah, saya bukan bekas pemain Kedah & saya bukan Legend anda. Tapi saya adalah sahabat kalian. Doakan segala urusan saya utk bina Pusat Pengajian Islam Azmeer Yusof di Alor Setar tercapai dgn izin Allah.

Pesanan saya yg terakhir kpd semua orang yg beragama islam. AGAMA KITA, KITA JAGA. Dan jangan sesekali tinggalkan solat 5 waktu. Kerana itu soalan pertama Allah pada kita di Alam sana nanti.

Maafkan saya dgn keputusan ini 

PULUN KEDAH PULUN

Sumber: Azmeer Yusof

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)