Dua gerai milik warga asing telah digempur penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu operasi di Wangsa Maju, Kuala Lumpur semalam.
DBKL menerusi satu kenyataan berkata, kedua-dua premis berkenaan adalah gerai menjual masakan panas dan nasi berlauk di Jalan Prima Setapak.
“Pemantauan dan pemeriksaan oleh DBKL mendapati kedai-kedai tersebut dijalankan oleh warga asing, Indonesia serta tidak mempunyai lesen sah daripada DBKL.
“Sehubungan dengan itu, tindakan menutup serta-merta (sealed) dan sitaan di bawah Seksyen 101 (1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976 dilaksanakan,” kata kenyataan tersebut, semalam.

Mengimbas kembali, DBKL juga turut berjaya mengesan beberapa premis milik warga asing yang beroperasi tanpa lesen yang sah sebelum ini.
Sebuah kedai gunting rambut serta tempat cuci kereta milik warga Bangladesh turut digempur dalam satu operasi kelmarin.
Bukan sahaja berani beroperasi tanpa lesen, malah DBKL mendapati pekerja warga asing di premis tersebut melarikan diri.
Orang ramai diminta untuk melaporkan sebarang kewujudan premis milik warga asing kepada Pusat Panggilan Setempat DBKL menerusi talian 1-800-88-3255 atau terus ke Pejabat Cawangan DBKL berhampiran.









TINDAKAN KE ATAS WARGA ASING YANG MENJALANKAN PERNIAGAAN / PENJAJAANDBKL meneruskan lagi tindakan seumpama ini pada 24…
Posted by Dewan Bandaraya Kuala Lumpur on Tuesday, June 23, 2020
Sumber: DBKL