Siakap Keli

Beroperasi Secara Haram, DBKL Gempur Car Wash & Kedai Gunting Rambut Milik Warga Asing Di Setiawangsa

Sudahlah berniaga secara haram, pekerja pula enggan bekerjasama dan bertindak biadap melarikan diri.

Demikian situasi yang berlaku apabila penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggempur dua premis milik warga asing dalam satu operasi semalam.

“Tindakan pertama adalah ke atas sebuah kedai gunting rambut di Keramat Wangsa yang dijalankan oleh warga asing; Bangladesh tanpa mempunyai lesen perniagaan sah daripada DBKL.

“Premis tersebut telah diambil tindakan ditutup serta-merta (sealed) dan sitaan di bawah Seksyen 101 (1) (v), Akta Kerajaan Tempatan 1976,” kata DBKL menerusi satu kenyataan, semalam.

Gambar: DBKL
Gambar: DBKL
Gambar: DBKL
Gambar: DBKL
Gambar: DBKL

Selain itu, premis selanjutnya juga turut menerima nasib yang sama setelah digempur anggota penguatkuasaan tersebut.

“Manakala tindakan kedua pula ke atas sebuah tempat cuci kereta yang terletak di lokasi berhampiran.

“Pemantauan dan pemeriksaan DBKL mendapati premis tersebut juga dijalankan oleh warga asing; Bangladesh.

“Pekerja enggan bekerjasama dan bertindak melarikan diri,” tambah kenyataan itu lagi.

Susulan itu, tindakan tutup serta-merta (sealed) serta sitaan di bawah seksyen dan akta yang sama turut dikuatkuasakan.

Orang ramai diminta untuk melaporkan sebarang kewujudan premis milik warga asing kepada Pusat Panggilan Setempat DBKL menerusi talian 1-800-88-3255 atau terus ke Pejabat Cawangan DBKL berhampiran.

Gambar: DBKL

 

Gambar: DBKL
Gambar: DBKL
Gambar: DBKL
Gambar: DBKL

 

Sumber: DBKL

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'