Siakap Keli
FOTO: KKM

Hanya 191 Kes Aktif Covid-19 Di Malaysia, Kali Pertama Sejak PKP Kes Aktif Kurang Daripada 200 Kes

Sepanjang tempoh perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu, hari ini Kementerian Kesihatan Malaysia buat kali pertama memaklumkan bahawa kes aktif kurang daripada 200 pada hari ini iaitu sebanyak 191 kes.

Manakala, hari ini genap 17 hari sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dikuatkuasakan bermula 10 Jun 2020.

Pendekatan Kerajaan dalam implementasi PKPP adalah sebagai sebahagian daripada tindakan pemulihan (soft landing), iaitu untuk menyediakan Negara bagi strategi keluar (exit strategy), kata Ketua Pengarah KKM pada sidang media hari ini.

Tambahnya lagi, jika dilihat statistik seperti di atas, ianya sememangnya memberangsangkan dan memberi keyakinan untuk lebih banyak pembukaan semula pelbagai sektor bagi mempertingkatkan ekonomi Negara secara tersusun.

Pematuhan individu, syarikat dan komuniti kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan telah turut menyumbang kepada pencapaian ini.

KKM ingin mengingatkan masyarakat untuk terus konsisten mengamalkan nasihat-nasihat kesihatan yang disarankan oleh KKM.

Buat pertama kalinya sejak Perintah KawalanPergerakan (PKP) dikuatkuasakan, kes aktif adalah kurangdaripada 200 pada…

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Friday, June 26, 2020

Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Friday, June 26, 2020

 

Sumber: Sidang Media KKM

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.