Siakap Keli

Pelajar Terpaksa Keluar Jauh Untuk Internet, MCMC Giatkan Usaha Sampaikan Liputan Komunikasi Di Pedalaman Sarawak

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan membuat tinjauan di sebuah perkampungan di Pakan, Sarawak dalam masa terdekat.

Ia berikutan bagi mendapatkan gambaran sebenar kisah pelajar dan penduduk di kawasan berkenaan yang didakwa terpaksa keluar jauh dari kediaman untuk mendapatkan liputan perkhidmatan telekomunikasi.

“Hasil tinjauan akan dipadankan dengan pelan pembangunan telekomunikasi yang telah dirancang untuk kawasan tersebut.

“Setakat ini, sebanyak 185 menara telekomunikasi baharu di bawah Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP 2) akan mula dibina meluputi semua bahagian di Sarawak.

“Daripada jumlah tersebut, tujuh (7) menara baharu dirancang untuk dibina di Pakan dan kesemuanya dijangka siap serta beroperasi sepenuhnya pada suku ketiga 2021,” memetik satu kenyataan rasmi, semalam.

Dalam pada itu, MCMC turut maklum bahawa masih terdapat banyak kawasan yang belum mendapat liputan komunikasi menyeluruh dan stabil, terutamanya di kawasan luar bandar.

“Selain bentuk muka bumi yang berbukit-bukau dan laluan masuk yang sukar, masalah ketiadaan bekalan elektrik juga menjadi cabaran kepada MCMC dan syarikat telekomunikasi untuk membina menara di kawasan pedalaman.

“Antara kaedah alternatif yang diguna pakai bagi mengatasinya adalah penggunaan rangkaian satelit dan bekalan janakuasa diesel yang menyebabkan liputan tidak stabil,” tambah kenyataan itu lagi.

Inisiatif peluasan liputan komunikasi merupakan usaha berterusan oleh MCMC sejak dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) mula diwujudkan pada 2003.

Untuk rekod, sehingga Mei 2020, MCMC dengan kerjasama syarikat-syarikat telekomunikasi telah mendirikan sejumlah 553 menara telekomunikasi selain menaik taraf sejumlah 1,064 menara telekomunikasi kepada rangkaian 3G dan 4G di Sarawak.

Mengimbas kembali, tular di media sosial berkenaan seorang pelajar tahun akhir Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Rose ED yang terpaksa berkelambu di dalam hutan semata-mata mendapatkan liputan internet untuk menyelesaikan pembentangan tertangguh.

BACA: Berkelambu Dalam Hutan Untuk Internet, Pelajar Selesaikan ‘Online Presentation’ Yang Tertangguh

Kenyataan Media: MCMC GIATKAN USAHA PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN TELEKOMUNIKASI DAN JALUR LEBAR DI KAWASAN PEDALAMAN SARAWAK#JalurLebar#MCMC#NFCP#Telekomunikasi

Posted by Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia on Thursday, June 25, 2020

Sumber: MCMC

Denin

Tukang tulis untuk rakyat jelata.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.