Selepas tular kisah pelajar di Sabah yang membina pondok di atas pokok untuk mendapatkan capaian Internet, kali ini kisah seorang siswi dari Sarawak pula menarik perhatian.
Rose ED merupakan seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak. Beliau merupakan antara pelajar yang perlu belajar dari rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana.
Baru-baru ini, perkongsian beliau mencari internet dengan ‘berumah’ di dalam hutan menarik perhatian orang ramai. Kirimannya mendapat lebih 4 ribu tanda suka dan 2.6 ribu perkongsian dalam tempoh enam jam sahaja.
Mari baca perkongsiannya.