Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengenai kenaikkan had umur untuk pengeluaran penuh yang sedang menjadi bualan ramai di media sosial.
Pengesahan ini susulan ada laporan berita yang menyatakan cadangan dari Bank Dunia agar had umur pegeluaran penuh simpanan persaraan dinaikkan beransur-ansur sehingga umur 65 tahun. Ini bertujuan untuk simpanan kekal bertahan lebih lama.
KWSP, bagaimanapun, berkata pihaknya mengambil maklum cadangan Bank Dunia itu untuk pengeluaran penuh simpanan dalam Akaun 1 dan 2 KWSP.
Katanya ia sentiasa mengambil langkah secara berhemat dalam menetapkan sebarang polisi penting, termasuk menjalankan kajian mendalam dan mengadakan rundingan bersama ahli serta pihak berkepentingan lain.
“Langkah ini bertujuan memastikan kepentingan ahli sentiasa dilindungi dalam melaksanakan mandat KWSP,” katanya.
Hal ini telah disahkan oleh pihak KWSP tentang tiada perbincangan yang dibuat untuk menaikkan had umur bagi pengeluaran penuh kekal pada 55 tahun.
Kami ingin memaklumkan bahawa tiada sebarang perbincangan dibuat untuk menaikkan had umur bagi pengeluaran penuh 55 tahun. #kekal55tahun #jagakepentinganahliKWSP #KWSPinfo
Posted by Kumpulan Wang Simpanan Pekerja on Friday, June 26, 2020
Sumber: KWSP