Siakap Keli
Gambar: Bernama

TERKINI: 10 Kes Baharu Covid-19 Dan 14 Kes Pulih Dilaporkan Hari Ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 14 pesakit Covid-19 yang telah discaj, 10 kes positif baharu dan tiada kematian berkaitan Covid-19 dicatatkan hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah, jumlah discaj baharu itu menjadikan jumlah kumulatif discaj meningkat kepada 8,308 secara keseluruhannya.

Sepuluh kes baharu yang dilaporkan hari ini pula menjadikan jumlah kumulatif kes yang dilaporkan di Malaysia bertambah kepada 8,616. Oleh yang demikian, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 hanya tinggal sebanyak 187 kes sahaja. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Dalam pada itu beliau memaklumkan bahawa kes baharu yang dilaporkan pada hari ini terdiri daripada 6 kes penularan tempatan yang mana 4 daripadanya adalah warganegara manakala 2 lagi bukan dalam kalangan warganegara.

Selain daripada itu juga, terdapat 4 kes import yang melibatkan seorangĀ  warganegara Malaysia dan 3 lagi bukan warganegara.

Daripada jumlah kes yang dilaporkan, sebanyak 2 kes yang dilaporkan sedang dirawat di unit rawatan rapi. Walau bagaimanapun, tiada pesakit yang dilaporkan memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam pada itu juga, tiada kes kematian berkaitan Covid-19 yang dicatatkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian kekal sebanyak 121 kes atau bersamaan dengan 1.40% secara keseluruhannya.

Sumber: KKM

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa