Siakap Keli
Gambar: Bernama

Banjir Johor Kian Pulih, Hanya Muar Masih Terjejas

Keadaan banjir di Johor dilihat semakin pulih apabila angka mangsa yang terlibat terus berkurangan setakat tengah hari ini kepada hanya 145 orang merangkumi 40 keluarga, berbanding 177 orang daripada 47 keluarga malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R.Vidyananthan berkata kesemua mangsa banjir di Batu Pahat telah dibenarkan pulang dan pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di daerah itu ditutup pada 10 pagi tadi.

“Di Muar, dua PPS masih beroperasi iaitu PPS SK Seri Menanti yang menempatkan  95 orang daripada 26 keluarga melibatkan penduduk Kampung Sarang Buaya dan PPS SK Orang Kaya dengan 50 mangsa merangkumi 14 keluarga dari Kampung Seri Menanti,” katanya dalam kenyataan.

Sumber: BERNAMA

Aqmal Ezany

I write what is right