Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

Bayi Perempuan Dilaporkan Lahir Tanpa Lengan Dan Kaki Cetus Tanda Tanya Doktor

Seorang bayi perempuan yang dilahirkan tanpa tangan dan kaki kerana ‘kecelaruan genetik’ yang sangat jarang berlaku telah menyebabkan doktor serta ahli keluarga di India menjadi bingung, lapor Daily Mail.

Seorang wanita, yang dilaporkan berusia 28 tahun oleh media tempatan, telah melahirkan anak itu di kampung Sakla di Sironj Tehsil di daerah Vidisha, semalam.

Menurut laporan, bayi tersebut dilahirkan dan disahkan menghidapi autosomal recessive congenital disorder atau Tetra-Amelia.

Sebuah rakaman menunjukkan seorang wanita sedang memegang bayi yang ketiadaan kedua belah lengan serta kaki sambil dibalut bersama selimut.

Doktor mencadangkan bayi itu ditahan sementara untuk membuat penilaian dengan lebih lanjut bagi memeriksa sama ada organ dalamannya berfungsi dengan baik atau tidak.

Sindrom Tetra-Amelia adalah sejenis gangguan genetik yang disebabkan oleh mutasi pada gen WNT3 dan sangat jarang berlaku.

Menurut Bhopal CMHO dan pakar pediatrik Dr Prabhakar Tiwari, sindrom ini hanya terjadi dalam satu daripada setiap 100,000 bayi yang baru lahir.

Satu kajian yang dilakukan pada tahun 2011 oleh Dr Eva Bermejo-Sanchez dari Pusat Penyelidikan Anomali Kongenital (CIAC) di Instituto de Salud Carlos III di Sepanyol menunjukkan bahawa perkara itu hanya berlaku pada sekitar satu daripada setiap 71.00 kehamilan.

Terdapat beberapa kes yang sama telah berlaku pada sebelum ini, termasuk RJ Wilson dari Florence, Carolina Selatan.

Ibunya Jasmine Self sedang hamil lima bulan ketika imbasan ultrasound mendedahkan bahawa anggota badan anaknya tidak kelihatan.

Selepas dinasihatkan untuk menggugurkan kandungannya, dia bersama pasangannya tetap berkeras untuk tidak menggugurkan kandungan tersebut.

Satu lagi kes yang sama turut terjadi kepada penceramah motivasi terkenal bernama Nicholas James Vujicic yang lahir pada tahun 1982 dengan sindrom sama.

Bapa kepada empat cahaya mata itu kini merupakan penceramah motivasi terkenal dan penulis kepada beberapa buah buku.

Dia telah menjelajah ke lebih 44 buah negara untuk menyuntik motivasi serta semangat positif kepada orang ramai walaupun tubuhnya tidak sempurna seperti orang lain.

Dia menawarkan bimbingan dan berkongsi kisah hidupnya dengan pelajar sekolah, banduan penjara serta sesetengah kumpulan masyarakat.

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa