Siakap Keli
Gambar: Fox 23 News

Dua Orang Dilaporkan Maut, Empat Cedera Dalam Kejadian Tembakan Di Walmart, California

Dua orang dilaporkan telah maut dan empat yang lain cedera dalam satu kejadian tembakan di sebuah pusat pengedaran Walmart di Red Bluff, California pada Sabtu semalam, lapor Fox 23 News.

Jurucakap Hospital Komuniti St. Elizabeth, Allison Hendrickson, berkata bahawa empat orang cedera dan berada dalam keadaan baik.

Seorang pekerja Walmart, Franklin Lister, mengatakan bahawa dia baru sahaja masuk untuk bekerja pada ‘shift’ petang ketika dia mendengar pekerja lain menjerit.

Lister memberitahu akhbar tempatan bahawa dia telah melihat darah menitis dari lengan rakannya.

Menurut saksi dan pekerja, kejadian tembakan itu berlaku pada jam 3.30 petang semasa pertukaran ‘shift’ bekerja.

Menurut pihak berkuasa, lelaki bersenjata itu pergi ke Walmart dan mula menembak.

Memetik laporan Fox 23 News, suspek telah ditembak di dada sekitar jam 3.45 petang.

Sumber: Fox 23 News

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa