Siakap Keli
Gambar Via Google

Dipercayai Tersilap Sasaran, Wanita Maut Terkena Tembakan Ketika Sedang Melahirkan Anak

Seorang wanita dipercayai telah ditembak sehingga mati semasa sedang melahirkan anaknya dalam satu kejadian di Afrika Selatan, lapor Daily Mail.

Wanita yang berusia 32 tahun itu sedang melahirkan anak keempatnya di rumahnya di Cape Town pada Ahad lalu.

Memetik laporan Daily Mail, saksi mengatakan bahawa dua orang lelaki berlari masuk ke kebun dan melepaskan tembakan di tempat kejadian tersebut sehingga menyebabkan mangsa cedera.

Pegawai perubatan dipanggil namun tidak dapat menyelamatkan mangsa dan anaknya yang belum dilahirkan.

Polis mengatakan bahawa sasaran sebenar penembak adalah salah seorang anak lelaki mangsa yang juga turut ada bersamanya pada ketika itu.

Tambah pihak polis lagi, tidak jelas sama ada kejadian tembakan tersebut itu berkaitan dengan geng atau tidak namun ia berlaku di kawasan ‘panas’ iaitu dengan kadar jenayah yang tinggi.

Sumber: Daily MailĀ 

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa