Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Anak-Anak Teruja Jumpa Abah Sedang Hantar Makanan, Reaksi Spontan Ini Buat Ramai Tersentuh

anak
Kredit: Threads nadiashukrilegacy
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Momen tiga beradik teruja apabila terserempak dengan bapa mereka yang sedang bekerja sebagai penghantar makanan mencuri perhatian warga maya.

Menerusi perkongsian pengguna Threads @nadiashukrilegacy, wanita itu berkongsi detik anak anaknya secara tidak sengaja bertemu dengan bapa mereka ketika sedang mencari rezeki.

Kredit: Threads nadiashukrilegacy

Dalam video tersebut, kelihatan tiga beradik begitu teruja selepas menyedari lelaki berkenaan ialah abah mereka yang sedang menjalankan tugas sebagai penghantar makanan ShopeeFood.

Tanpa berlengah, anak anaknya dilihat berlari mendapatkan bapa mereka sebelum memeluknya.

Reaksi terkejut lelaki itu turut mencuri perhatian kerana dia tidak menyangka akan bertemu anak anaknya ketika sedang bekerja.

Menurut perkongsian berkenaan, suaminya itu baru lebih seminggu melakukan pekerjaan tersebut.

“Anak anak excited terjumpa abah tengah kerja. Abah baru seminggu lebih buat kerja ini. Murah rezeki selalu suamiku,” kongsi @nadiashukrilegacy.

Kredit: Threads nadiashukrilegacy

Lebih menarik, beberapa pengguna turut memuji cara anak anak berkenaan melintas jalan ketika mahu mendapatkan bapa mereka.

“Salam sejahtera, semoga sihat selalu buat suami akak. Sang pencari rezeki. Akak doakan dia selalu dan ada jatuh bangun dengan dia. Saya doakan pula dia ada dengan akak 101 peratus ketika jatuh bangun. Dipermudahkan segala urusan buat kalian sekeluarga. Amin,” respon @hafizrayyan__.

“Bagus ibu, ajar anak anak tengok jalan sebelum melintas,” respon @dkvxnn.

“Pandai kakak nombor dua pimpin adik melintas walaupun teruja nak pergi kepada bapak,” kata @noona_koo.

Sementara itu, seorang lagi pengguna menyifatkan pertemuan tersebut pasti membuatkan kepenatan si bapa hilang seketika.

“Confirm hilang rasa penat ayah dia tu nampak anak anak. MasyaAllah,” kata @nanishcuncanggg.

Menjawab komen tersebut, @nadiashukrilegacy menjelaskan bahawa pertemuan itu sememangnya tidak dirancang.

“Abah pun terkejut. Waktu WhatsApp beritahu dekat lain, tahu tahu jumpa dekat situ,” jelasnya dalam ruangan komen.

Dalam pada itu, ada juga pengguna yang menitipkan pesanan supaya lelaki berkenaan sentiasa berhati hati ketika bekerja di jalan raya.

“Hati hati abahnya, jangan langgar lampu merah. Ramai tu yang tunggu abahnya balik kerja,” kata @oooo39360.

Sumber:Threads
Intipati
  • Tiga beradik teruja apabila terserempak dengan bapa mereka ketika bekerja menghantar makanan.
  • Kanak-kanak itu berlari memeluk bapa mereka selepas menyedari lelaki berkenaan ialah abah.
  • Pengguna media sosial memuji momen tersebut dan mengingatkan si bapa berhati-hati di jalan raya.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan