Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Parcel Diletakkan Dengan Cermat Elak Kena Hujan, Tindakan Abang DHL Ini Buat Ramai Tersentuh

DHL
Kredit: Threads jooyeechong
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Sikap seorang penghantar barang yang mengambil berat tentang keselamatan bungkusan pelanggan meraih pujian selepas tindakannya memastikan parcel tidak terkena hujan mencuri perhatian pengguna media sosial.

Iklan

Menerusi perkongsian di Threads, seorang pengguna dikenali sebagai @jooyeechong berkongsi pengalamannya menerima penghantaran daripada seorang pekerja DHL yang disifatkan sebagai sangat bertanggungjawab.

Kredit: Threads jooyeechong

Menurutnya, sepanjang menetap di kediaman tersebut kira kira enam bulan lalu, dia hampir setiap bulan membuat pesanan dalam talian dan mendapati penghantar yang sama sering menghantar parcel miliknya.

Apa yang membuatkannya terharu ialah tindakan lelaki berkenaan yang sentiasa meletakkan parcel dengan cermat di dalam rumah.

Malah, penghantar itu turut menggunakan sebatang kayu untuk menolak bungkusan berkenaan lebih jauh ke dalam bagi memastikan ia terlindung daripada terkena hujan.

“Penghantar DHL ini memang terbaik. Saya sudah tinggal di sini kira kira enam bulan dan hampir setiap bulan membuat pesanan. Setiap kali, abang yang sama menghantar parcel saya.

Kredit: Threads jooyeechong

“Setiap kali juga, dia meletakkan parcel dengan cermat di dalam rumah dan menggunakan kayu untuk menolaknya sedikit ke dalam supaya terlindung daripada hujan. Perkara kecil seperti ini mungkin nampak biasa, tetapi sangat bermakna. Terima kasih, abang,” kongsi pengguna berkenaan.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna Threads yang turut berkongsi pengalaman menerima layanan baik daripada penghantar barang.

Antaranya, @vince316 menceritakan pengalaman apabila menemui parcel miliknya di dalam rumah selepas menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

“Nampak parcel saya di dalam rumah. Ingatkan kena buang. Apabila semak CCTV, rupa rupanya penghantar buat perkara sama. Terima kasih GDEX,” katanya.

Sementara itu, @muhammedredzani memuji sikap penghantar berkenaan yang disifatkan sebagai amanah dalam menjalankan tugas.

“Bagus abang ini, amanah dalam melakukan tugas dan menjaga barang pelanggan,” komennya.

Tidak kurang juga ada yang berseloroh mengenai tindakan penghantar tersebut. Menurut @h.a.fidz, dia mengenali lelaki berkenaan dan mengusik bahawa tindakan itu mungkin dilakukan kerana mengetahui parcel tersebut milik seorang wanita.

Dalam pada itu, @nrezrienaaa berpendapat sikap tersebut menunjukkan lelaki berkenaan menyukai pekerjaannya serta memahami kepentingan mencari rezeki yang berkat.

“Melakukan perkara yang kita suka dan menyukai apa yang kita lakukan. Abang ini mesti mempunyai kedua duanya. Paling penting, dia tahu tentang keberkatan mencari rezeki,” tulisnya.

Perkongsian itu turut mendapat perhatian @sarra_dini yang menceritakan suaminya juga mempunyai cara tersendiri ketika menghantar parcel kepada pelanggan.

“Suami saya pula, kalau pagar tidak berkunci, dia akan buka pagar terus. Kalau pagar berkunci, dia akan buat seperti itu,” kongsinya.

Selain itu, @nightguykl turut mendoakan agar penghantar berkenaan terus dimurahkan rezeki atas sikap prihatin yang ditunjukkan.

Manakala, @zarinasu2026 menyarankan pelanggan memberikan penghargaan kepada penghantar berkenaan melalui maklum balas kepada syarikat, termasuk menyebut nama petugas sekiranya diketahui.

“Bagusnya abang ini. Sampai begitu sekali dia meletakkan barang untuk pelanggan. Mengambil masa juga untuk buat perkara seperti ini. Patut diberikan penghargaan,” katanya.

Menariknya, seorang lagi pengguna Threads, @jaydaniel0306 yang mendakwa bekerja dalam bidang penghantaran berkongsi bahawa tindakan meletakkan parcel di tempat terlindung juga boleh mengelakkan bungkusan daripada basah akibat hujan.

“Kalau tidak buat seperti ini, kami boleh dikenakan penalti sekiranya pelanggan membuat aduan kerana parcel basah terkena hujan. Bulan lepas saya baru sahaja dikenakan penalti hampir RM1,000,” kongsinya.

Sumber:Threads
Intipati
  • Pengguna Threads memuji penghantar DHL yang menjaga parcelnya supaya tidak terkena hujan.
  • Penghantar itu dikatakan menggunakan kayu untuk menolak bungkusan lebih jauh ke dalam rumah.
  • Perkongsian tersebut menerima reaksi positif, termasuk pengalaman serupa daripada pengguna perkhidmatan penghantaran lain.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan