Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Raih Nombor Satu Dalam Kelas, Gelagat Anak Borong Barang Di Eco Shop Curi Perhatian

eco
Kredit: Threads kazaproperty
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Sikap seorang ibu yang menunaikan janji memberikan hadiah kepada anaknya selepas berjaya mendapat tempat pertama dalam kelas mencuri perhatian ramai apabila gelagat si kecil ketika memilih hadiah mengundang gelak tawa.

Iklan

Menerusi perkongsian seorang bapa di Threads, @kazaproperty, anaknya begitu teruja selepas memperoleh keputusan cemerlang sehingga ibu berjanji untuk memberikannya peluang mengambil apa sahaja barangan di Eco Shop dalam tempoh lima minit.

Kredit: Threads kazaproperty

Namun, tempoh lima minit yang diberikan rupa rupanya cukup untuk anak itu mengumpulkan pelbagai barangan sehingga memenuhi satu plastik besar.

“Teruja dia dapat nombor satu dalam kelas. Umi dia janji bagi hadiah, lima minit ambil apa sahaja dalam Eco Shop. Lima minit rupanya lama, satu plastik besar dia ambil,” kongsi bapanya.

Perkongsian tersebut menghiburkan ramai pengguna Threads yang turut memberikan ucapan tahniah dan mendoakan kejayaan anak berkenaan.

Antara yang menarik perhatian ialah komen daripada @drzulkiflihasan yang menitipkan doa buat si kecil.

“Tahniah saya ucapkan. Semoga jadi anak yang solehah, sihat walafiat dan cemerlang dunia akhirat,” tulisnya.

Kredit: Threads kazaproperty

Sementara itu, @bukanwanitasyurga berseloroh bahawa anak tersebut mungkin sudah merancang barangan yang ingin diambil sebelum memasuki kedai.

“Dia dah rancang dahulu hendak ambil apa. Umi yang lalai,” selorohnya.

Pandangan itu turut dipersetujui @noor_deeyanna yang menganggap kebijaksanaan si ibu mungkin diwarisi oleh anaknya.

“Maknya pun bijak juga. Patutlah menurun kepada anak,” komennya.

Gelagat anak itu yang berlari ke sana sini sambil mengambil barangan turut mencuit hati @lynkth2026.

“Comelnya dia berlari ambil barang. Semoga berjaya dunia akhirat,” katanya.

Malah, @kakyong.myra turut mengimbau kenangan lama apabila melihat gelagat anak tersebut yang mengingatkannya kepada sebuah rancangan televisyen.

“Tengok gaya dia mengambil barang itu teringat pula rancangan dahulu di TV3. Tolak troli, ambil barang banyak,” imbaunya.

Tidak kurang juga pengguna lain yang terhibur melihat gelagat si kecil itu, termasuk @keerabong yang menganggap aksinya berlari sambil membawa bakul sebagai sesuatu yang mencuit hati.

@moonhanie811 pula berseloroh bahawa anak tersebut kelihatan sudah mengetahui lokasi barangan yang diingininya.

“Dia pula sudah hafal di mana barang yang dia hendak. Memang pantaslah,” selorohnya.

Dalam pada itu, @syazaroslee4 turut membayangkan betapa gembiranya anak berkenaan apabila diberikan peluang memilih hadiah sendiri.

“Boleh bayangkan tidak perasaan budak itu, betapa gembira dan bersemangatnya dia. Memang seperti malaikat kecil,” tulisnya.

Perkongsian itu turut mengundang kenangan manis seorang pengguna, @nurulniza74 yang mengimbau hadiah diberikan ibunya selepas memperoleh keputusan peperiksaan yang baik suatu ketika dahulu.

“Teringat dahulu ketika peperiksaan SRP. Mak tidak janji apa apa pun. Bila keputusan keluar, saya dapat agregat 13. Petang itu mak terus belikan jam tangan. Gembira sangat. Rindu dengan arwah mak,” kongsinya.

Sumber:Threads
Intipati
  • Menerusi Threads, bapa itu berkongsi anaknya mendapat tempat pertama dalam kelas baru-baru ini.
  • Ibunya memberi peluang mengambil apa sahaja di Eco Shop selama lima minit.
  • Gelagat kanak-kanak itu mengumpul satu plastik besar barangan menghiburkan ramai pengguna Threads.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan