Siakap Keli
Gambar:Hani Mynis

“Power Of Wallpaper,” Wanita Ini ‘Transform’ Dapur Rumah Sampai Nampak Ekslusif

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Dapur menjadi ruang yang cukup gemar ‘dikunjungi’ oleh seisi keluarga dan sudah semestinya akan dijaga dengan rapi oleh golongan ibu atau suri rumah.

Kebanyakan dapur sememangnya ‘tersorok’ dari pandangan tetamu namun itu tidak menjadi alasan untuk membiarkan ruang tersebut tidak kemas dan suram.

Disebabkan itu, ikuti kiriman yang telah dikongsikan oleh Hani Mynis di Facebook yang mengubahsuai dapur miliknya yang tampak lebih moden.

#hanideko2 : make over dapur kali ke dua!

The power of wallpaper 

Last time hani dah kongsi hani make over ruang tamu kan? As promised, dalam post ni hani kongsikan ruang dapur pula. Awal tahun hari tu, hani re make over dua ruang ni kat dalam rumah yang kitorang masih menyewa ni 

Sebagai mengubat hati yang sedih sebab tak dapat nak pindah masuk rumah sendiri, Alif Firdaus berikan hani sejumlah bajet untuk hani make over semula ruang mengikut yg hani nak buat di rumah sendiri nanti  

Dapatkan pelbagai jenis ‘wallpaper’ dapur di SINI

Kalau bab berangan memang bagi kat hani lah kan. Hehe utk dapur hani siap berangan nak buat tema modern/industrial farmhouse, nak ada backsplash khas kat bhgn masak, nak ada pot filler, nak two tone /color cabinet (atas warna lain, bawah warna lain), nak ada island, nak farmhouse apron sink, nak accessories dapur mcm handle cabinet, pot filler, kitchen tap semua warna gold/brass. Nak ada appliances garage, nak ada coffee station, mcm2 lagi hahaha

Alif tengok je senarai hani terus dia azan kat telinga hani  Haha berangan kan percuma, dapat ke tak dapat kena tepuk poket tengok bajet lahh hahahaha

Ok alhamdulillah hani make over dapur ni dan hani dapat 90% dari apa yang hani idamkan dengan bajet tak sampai rm300! Alif pun terkejut hani boleh stick dalam bajet tak terlebih. Dan hani sangat lah happy sampai cakap kat Alif takmau pindah rumah sendiri dulu lah haha sbb dapur dah cantik  yes, hani puas hati dah gini. Haha so inilah dia dapur rakyat marhaen yang feeling2 kayangan. 

Dapatkan pelbagai perkakasan dapur seperti periuk nasi di dalam gambar di SINI

Mcm mana hani buat? The power of wallpaper! Untuk project hani dapatkan dapur modern farmhouse ni hani gunakan 6 jenis wallpaper yang berbeza! Betul ni, wallpaper kalau kena cara nya mampu transform sesuatu ruang dengan berkesan. Yg penting tahu where to start and when to stop, gituu

Cukuplah hani bebel, jom tengok perubahan yang hani buat ya utk hani make over dapur. Ada penerangan dalam setiap gambar ya.

Semoga memberi inspirasi untuk semua mendekor dapur masing-masing walaupun dapur rumah sewa je 

Semoga bermanfaat 

Yours truly,

#hanimynis
#drurusrumah

P/s: hani tahu ramai yang tunggu post hani make over dapur nii sorry sayang2 semua, pkp ni hani busy jadi cikgu tak bertauliah Aqil. Hopefully post ni menggembirakan orang2 yang menunggu tu. 😘 Post lepas ni hani kongsi detail penstoran kat dapur “baru” hani ni ya. For now, enjoy dulu before after picture! 

Ok jom mula!

Bagi melihat dengan lebih jelas, ikuti penerangan di setiap gambar di bawah.

Sumber: Hani Mynis

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa