Siakap Keli

Isu Hina Jata Negara, KDN Arah PDRM Siasat Dan Ambil Tindakan Segera

Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melakukan tindakan yang tidak patriotik dan bertanggungjawab ini, demikian menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam satu kenyataan mengenai penghinaan jata negara yang dikeluarkan di Twitter rasmi Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Menurut beliau, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diarahakan untuk mengambil tindakan yang tegas dengan segera kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.

”Saya telah arahkan PDRM untuk siasat dan ambil tindakan yang tegas dengan segara.

”Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melakukan tindakan yang tidak patriotik dan bertanggungjawab ini,” kata beliau.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai sebuah buku yang mempamerkan sebuah logo mirip jata negara yang didakwa telah diubah suai sebagai penghias muka hadapan.

Lukisan tersebut meletakkan seorang kanak-kanak berbogel di atas bulan dan bintang, serta mengubah suai bentuk dua ekor harimau, selain menambahkan bentuk seekor buaya di bahagian bawahnya.

Ianya seklaigus telah menimbulkan kemarahan ramai dengan rata-ratanya meminta supaya tindakan segera diambil terhadap penulis, penyunting dan penerbit buku berkenaan kerana seakan-akan merendah-rendahkan martabat jata negara dan menghina lambang rasmi kedaulatan Malaysia.

Sumber: Twitter KDN Putrajaya

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.